Tuesday, June 24, 2008

Al - Jub

Dengaq habaq DSAI Al Jub kata dia akan letak jawatan kalau dia tak leh turunkan harga minyak masa dia menerajui Malaysia nanti. Dia bersungguh sungguh tentang isu ini. Bila dia jadi Perdana Menteri lah. Cita cita dia yang sekian lama.

Apabila Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan, harga minyak nilah yang jadi agenda utama nya. Menurunkan harga. Bukan menaikkan. Semua ni dijangka dapat di realisasikan tanggal 16 Sept ini. Nampaknya dia dah gah dok sembang sana sini yang dia dah cukup 30 orang MP BN yang akan lompat katak. Dia juga berjanji akan menurunkan harga minyak petrol dan disel di Mlaysia, walaupun harga minyak mencecah USD200 dipasaran antarabangsa.

Turun tu turunlah jugak. Ceritanya, kita tak tau berapa duit yang dia nak kurangkan. Kalau takat dua tiga duit tu, tak payah la kut. Kalau 4/5 kupang tu, berbaloi la jugak.

Berkenaan dengan katak katak yang dirisik olehnya, nampak gaya amat positif keputusan nya. Kata dia lah. Depa ni semua kalau nak berhubung ngan dia, bukan setakat boleh talipon ka apa ka, sebab mungkin SB2 Pak Lah dan Khairy ramai dok perhati. Depa ni nak kena terbang pi Jakarta ka, Manila ka, Bangkok ka atau Singapura untuk berbincang ngan dia. Dia jugak tak tolak dakwaan, malah mengaku bahawa lawatan dia ke Filipina baru baru ni untuk bertemu dengan bekas bekas Presiden Filipina termasuk juga ajenda pertemuan beliau ngan MP Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak.

Al Jub juga menyatakan bahawa lebih 50,000 orang dari UMNO dan parti komponen Barisan Nasional yang telah memohon untuk masuk PKR. Ramai yang setuju dengan polisi PKR yang menerima ahli2 dari pelbagai kaum. Cuma ramai jugak yang risau dengan Al Jub punya penangan ni. Betui nak berjuang untuk rakyat atau nak berjuang untuk jadi PM dan balas dendam!

No comments: