Friday, July 18, 2008

DEBAT atau BAHAS

Ana terbaca dalam New Straits Times hari ni...Tajuknya "Why 'debat', not 'bahas'?"

Yang bertanya adalah Tam Yong Yuee dan apabila dipikirkan balik, betui juga apa yang En Tam kata. Kenapa perlu melayukan bahasa Inggeris bila kita ada perkataan yang sesuai dan khusus untuk menerangkan maksudnya dan telah di guna pakai sekian lama.Renung renunglah...

Dengaq habaq, DSAI tak mau bagi darah dia untuk ujian DNA. Well, la nie baru kita tau bahawa tak dak undang undang yang boleh memaksa kita untuk bagi darah untuk tujuan membuktikan kesalahan... Hmmm

Ana nampak macam DSAI ni saja dok cuba melengahkan atau menyusahkan pihak yang nak buat pertuduhan. Pandai sungguh dia ni. Cekap. Dapat publisiti meluas. Polis panggil untuk ambik statement, dia tak pi. Janji nak pi, tapi tak hadir. Katanya notis tu tak diberi secara terus kepadanya. Nak bagi camana bila bodyguard kat rumah dia tak bagi masuk.Polis dah keluaq waran baru dia janji nak pi. Tu pun lengah masa. Bila polis tangkap dia, dia buat cerita macam2. Polis UTK pakai topeng lah dan sebagainya. Tapi polis kata, dia punya bodyguard ramai. Rombongan yang ikut dia berjumlah 7 buah kereta. Kalau dia dah sampai rumah dia, lagi susah. Depa ramai. Polis serbu kalu dah jadi cerita lain yang lebih sensasi.

Ana hairan pasai apa dia nak buat camni semua. Apa yang dia hendak sebenaqnya? Dok dalam tahanan pun dia nak treatment yang lebih. Nak tidoq atas tilam, pasai sakit belakang. Kena ikut je lah apa yang rakyat lain lalui bila kena tahan polis. Bila jadi PM esok bagilah arahan pada PDRM agar sediakan tilam empok untuk tahanan polis.

Minta minta cepatlah selesai kes ni. Tak larat dengaq dah. Kalau salah, salah lah. Kalau tak pun oklah. Biaq kita dapat cerita yang sebenaq dan hilang segala tohmahan dan apa apa saja kepada pengadu, tunang pengadu dan DSAI serta keluarga DSAI sekali.

2 comments:

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Betul apa yang diatakan tu. Biaqlah selesai cepat kes Anwar ni samada didapati salah atau sebaliknya.

Ramai sangat dok tumpu dengan cerita DSAI vs KERAjaan sampai hilang fokus di dalam memperkatakan isu-isu yang lebih berkait rapat dengan kebajikan rakyat.

Ramadhan dah dekat, Syawal hampir menjelma... Persiapan puasa & raya dah tentu memakan belanja besar hatta kenaikan harga barang yang dah tak terkawal oleh Menteri yang disumbat mulut dengan xxxxxxx (sendiri is tempat xxx tu).

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: Balik raya RM500 baru kat laut saja. adusssss!!!...

abe MIE 'TERJAH' said...

Macam kata Menteri Penerangan semasa forum debat, si Anwar ketika di UM dahulunya menentang dasar kerajaan BN kerana pemimpin pada masa itu mahu mengambil alih urus tadbir syarikat swasta. Kesannya, tiada produktiviti dan syarikat petronas akan gulung tikar dengan campurtangan kerajaan. Betul. Abe MIE pun ada belajar pasal teori ini dari professor universiti.


Dalam Kata mudah, kerajaan jangan campurtangan dalam sebarang aktiviti dan urusniaga pasaran sebaliknya beri kuasa autonomi perlu diberikan 100% kepada petronas. Lunak dan sedap didengar, Bahkan itulah kebenaran dalam beberapa teori dan falsafah ekonomi Barat terutama dalam sistem kapitalis dan kuasa monopoli kerajaan dikurangkan.

Kini, Petronas menjadi sumber kekuatan kepada Malaysia. Tanpa petronas Malaysia tidak ubah seperti negara Myanmar atau Nepal. Cuba kaji sejarah politik dan sosioekonomi negara berkenaan.

Kini, Anwar mahukan Petronas pula sedangkan dahulunya lain perjuangan. Mungkin pada masa itu dia masih bodoh? atau masih fresh graduet tak tahu apa-apa? Semasa dia dalam kerajaan, pasal petronas tidak disebutkan langsung olehnya. Dia menerima baik apa kerajaan BN lakukan pada masa itu walaupun dia dilantik menjadi Menteri Kewangan!!!

Masa itu juga dia memegang jawatan TPM pada zaman pemerintahan ayahanda TDM (seperti kata Anwar dahulu). Petronas perlu jaga harga minyak dan itulah agenda dia menjadi PM nanti. Tetapi kerajaan Malaysia dari dulu sehingga kini mahukan petronas menjaga semua kebajikan termasuk makanan, kesihatan, subsidi kepada orang miskin, pembayaran gaji kakitangan dan uruselia pentadbiran kerajaan, projek kerajaan dan sebagainya.

Ramai orang bertanya kepada si Anwar kenapa dia tidak mengemukakan cadangan BAGAIMANA HENDAK MEMAJUKAN PETRONAS? DIA GEMAR MENGIKIS HARTA KEKAYAAN PETRONAS UNTUK MENJAGA HARGA MINYAK sahaja.


Anwar tidak terfikirkah yang anak cucu kita nanti akan miskin macam Filipina atau Indonesia kini kalau semua pendapatan kerajaan untuk harga minyak sahaja. Semua orang setuju kalau harga minyak rendah tapi dalam masa sekarang perkara sedemikian ibarat mimpi tukang cuci menjadi pengurus. Meleret-leret pula bicara pasal debat itu. Lupakan.

pkrpasdap.blogspot.com