Sunday, March 9, 2008

Sidang Akhbar Pak Lah

TAKBIR...

Maka terserlah sudahlah apa kemahuan rakyat negeri Kedah sebenarnya. Bekas bekas YB yang terpaksa angkat bungkuih pun kita ucapkan berbanyak terima kasih kerana berkhidmat dalam kerajaan selama ni.

Apo nak di kato? Angin perubahan dah sampai. Rakyat Kedah dah pun bersuara. Rakyat Kedah dah pun menyatakan pendirian. Tiada apa lagi yang perlu di lakukan sekarang. BN kena relax lah dulu dan berlatih semula. Perlawanan ni dah tamat. Wisel pengadil dah di tiup. Masa tambahan 13 hari tu nampaknya tak cukup untuk menjaringkan gol kemenangan.

Setelah rakyat Kedah memberikan cuti selama 5 tahun kepada calun calun yang kalah, ambil lah peluang ini untuk renong, fikir, tenong dan takbir banyak banyak keatas segala kesilapan yang telah di buat. Ini bukan masanya nak mengungkit apa kebaikan , kemajuan dan kebajikan yang telah dilakukan tapi adalah masa untuk mengimbas kembali apa saja keputusan yang telah memudaratkan rakyat dibuat semasa berkuasa dulu.

Tok Det kenalah pikiaq dalam dalam, pasai apa boleh jadi macam ni. Mungkin kerana terlalu "over confident". Dalam sejarah benda ni tak pernah berlaku tetapi ini lah titik permulaan untuk di bukukan dalam buku sejarah yang akan datang.

Rasa nak tergelak pun ada, rasa sedih pun ada. Inilah lumrah dunia. Newton's law kata apa yang naik mesti turun. Sebab dunia ni ada graviti. Suatu kuasa yang tidak membenarkan kita terbang di awang awangan macam Superman. BN dah rasa macam Superman, sebab tu lah bila tiba tiba rakyat bawa keluaq kryptonite, jatuh gedebuk lah ke tanah. Macam nangka daa...

Maka dengan ini berkurangan lah sikit duit orang ramai dok pi buang di luaq negeri oleh delegasi Kedah yang dok pi shopping ngan anak bini depa semua.

Walau camana pun, orang Kubang Pasu tetap setia kat BN. Kemungkinan besaq depa rasa bersalah kat Tun M dulu maka itu lah membuatkan depa bagi sokongan padu kat BN. Datuk Jo yang di gampar gempur akan kehilangan kerusi dia nampaknya masih mengekalkan kerusi tu walau pun majoriti dah kurang sikit. Tapi tak kisah walau satu pun, menang jugak.

Datuk Saad Man nampaknya tak jadi lagi lah MB seperti yang di war warkan. Mungkin boleh minta jawatan jadi Naib Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri nanti. Masih kuat jugak Datuk Saad ni, masih tegap dan masih boleh diterima oleh orang Jitra walaupun kisah kisah peribadi dia di bongkarkan di khalayak ramai. Kemungkinan jugak orang Jitra undi parti bukan calunnya. Mungkin juga orang Jitra nak tengok apa dia boleh buat dan beri dalam 5 tahun ni insyaallah. Harap harap Datuk Saad tak menghampakan Jitra.

Datu Zaini jugak yang best. Diam diam dia pun, banyak juga majoriti yang dia sapu. Tahniah Datuk. Harapan orang orang kawasan Bukit Kayu Hitam pun mesti lah di tunaikan. Janji janji kempen pun jangan lah dok tunggu dekat pilihanraya lagi sekali baru nak tunai. Yang tu semua dah stail lama. La ni semua orang nak cepat. Tambahan pulak BN tak kuasai Kedah, kerajaan pusat mau dok bela betui betui lah ADUN BN yang ada dua tiga kerat je lagi kat Kedah ni. Masa ni lah nak kena tunjuk yang BN ni jujur nak tolong rakyat menaikkan taraf hidup depa.

Kehendak rakyat yang paling ketara sekali ialah depa masih mau BN memerintah tapi tak nak bagi BN kuasa penoh sebab terlalu berleluasa sangat. Rakyat dah pandai la ni. Tapi BN masih dok sangka rakyat ni bodoh lagi. Ini lah pahana nya bila kita dok sangka orang yang pandai tu bodoh.

Sampailah masanya Pak Lah pun pikiaq baik baik samaada nak dok lena lagi kat kerusi PM tu atau nak pi lena kat katil teruih dan bagi orang lain pulak mengemudi kapal tu. Rakyat dah bersuara menunjukkan depa tak suka ngan apa yang dia dok buat la ni. Penang negeri dia pun tungging, apa lagi nak kata. Dengan elok, buatlah cerita kata kesihatan tak baguih dah, selalu dok lena dan minta berhenti sajalah. Walaupun di Penang orang banyak menyatakan yang Pak Lah ni lebih dahsyat daripada Harun Din sebab Harun Din boleh tangkap jin saja, tapi Pak Lah boleh menelanjangkan Jeanne, dia tetap tak boleh tawan Negeri dia sendiri.

TAHNIAH di ucapkan kepada Barisan Nasional Kubang Pasu dan TAKZIAH kepada Barisan Nasional Negeri .

WASSALAM.

Friday, March 7, 2008

SELAMAT MENGUNDI

Dengaq habaq depa dok cerita kata Jo nak bagi sijil apa ka kat Jitra sekali ngan selit envelope, teruja lah penerima sijil semua. Sijil pun telah di edarkan tapi envelope tak dak. Marah lah semua yang harap nak terima rasuah tu. Sampai dah ke tahap tu lah UMNO Kedah ni la ni. Tak dapat RASUAH pun depa marah? Ada ka? Benda tu kan salah dan dosa tu. Segalanya RM.

Dengaq habaq cerita ni kat Kuala Kedah pun serupa jugak. Sokong untuk tidak memberi. Tetapi kena ingat lah kalau nak kena pakai duit baru dapat undi, tu menunjukkan orang dah tak suka, mau dok blah buang.

Dengaq habaq merata rata dalam Kedah ni BN nampak lesu dan tak bermaya. Mungkin pasai tak banyak bajet kut.Lemah betuilah umat la ni.Tak dak duit tak kerja lah. Mana dia perjuangan yang dok laung laung tu. Masuk parit lah semua.

Dengaq habaq Datok Jo banyak yang dok tikam belakang dia la ni. Tapi tak kisah lah Jo, dulu pun hampa tikam belakang Tun jugak. Baru penoh pengalaman bila kita rasa apa yang kita buat kat orang dulu. Well done.

Dengaq habaq Tok Ad pun adalah desas desus yang tak sedap di dengaq. Yang tak sedap dengaq ni pada ampunya diri, pada orang lain depa syok dengaq.

Dengaq habaq calun yang play safe sekali adalah Tok Zaini lah. Alhamdulillah kalau dia boleh maintain bagi tak dak cerita sensasi ni, orang suka lah. Tapi janganlah low profile sampai tak buat kerja pulak selepas di lantik.

Dengaq habaq ingin mengucapkan selamat mengundi semua dan pilih lah yang terbaik dari segala segi. Undi di tangan kita.

Congak

Dengaq habaq rumah yang tersergam kat tepi jalan dekat roundabout Naka - Sik tu tak lah besaq sangat tetapi bahan dia baguih punya. Pasai tu lah mahal. 4 hingga 5 juta katanya. Kalau dah pondok pak guard pun dekat 50K...

Dengaq habaq gaji Menteri Besaq ni tak lah sampai 25k sebulan. Katalah gedebuk gedebak dengan elaun jadi 25k. 1 tahun = 25k x 12 = 300k. x 3(tahun)= 900k. Kalau ambik bank loan pun penat tu nak service tiap bulan..Senak jugak tu..

Kem Tentera Bkt Kayu Hitam

Dengaq habaq sampul surat coklat dah keluar semula. Sekali ni bukan 200, tapi 20,000. Katanya untuk makan makan dan riadah pengundi pengundi pos. Aduh...tak serik lagi gamaknya. Kalau dah perangai macam tu memang susah nak tukaq.

Dengaq habaq tentera pun ambik juga, tapi undi tu adalah rahsia. Shopping sakan kat Bukit Kayu Hitam tu..

Dengaq habaq Mercedes merah dah start meronda merata rata sebab dah rasa tak senang duduk, tarikh undi pun tersangat lah dekat, masih belum nampak NUR lagi. Mungkin perlukan Bulan untuk menyinar baru dia sedaq diri sikit...

Kempen

Dengaq habaq ada calun PRU12 ni pi kempen kat Market Jitra. Dia salam dengan orang ramai tak memperkenalkan diri dia. Orang Market dah bising kata dia sombong sebab mengaharapkan orang kenal dia, walhal banyak yang tak kenal dia siapa.

Dengaq habaq kat Tok Jalai pun ada cerita baru baru ni, katanya calun salam tengok ke lain. Pengundi rasa salaman tu tak ikhlas...

Thursday, March 6, 2008

Al - Fatihah

Bismillahhirrahmanirrahim....

Dengaq habaq mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Mudtalib Pengarah Urusan Inti Utara diatas kematian ayahanda tercinta Hj. Salleh B. Man Semoga dicucuri rahmat ke atasnya.

Dengaq habaq DSM dan DZJ pun hadir menziarah jenazah. DJB belumhadir lagi, mungkin hari ni?

Walau bagaimanapun...Al-Fatihah...

Wednesday, March 5, 2008

POSTER

Dengaq habaq poster diatas ni naik kat Jitra. Kalau dah suruh undi PAS tentu poster PAS, tapi jangan lupa ni di Jitra, Kubang Pasu. Orang UMNO pun ada yang sanggup buat begini dalam keadaan sekarang. Semua dok gila kuasa.

Dengaq habaq orang Kubang Pasu kali ni BN menang pun depa rugi, kalau pembangkang menang pun depa rugi. Kalau BN menang dah tentu dapat wakil yang hapraq, kalau BN kalah dah tentu tak dapat pembangunan. Kira apa pembangunan, dah cukuplah pekan Jitra tu dengan trafik light yang selang 200m satu.

Dengaq habaq Datuk Zaini ni low profile sangat. Mungkin tak dak cerita yang menarik pasai dia atau pun dia belum buat cerita apa lagi.Tunggu menang esok adalah cita...

Tuesday, March 4, 2008

Genghis Khan Lagi Baik

Dengaq habaq rupanya Aman Khan ni dari dulu lagi dah ada kes mencuri. Katanya kes duit ASN Tok Wan dia. Orang tua tu dok terlantar sakit ka macam mana ka, dia boleh pi bawak keluaq duit tu. Astaghfirullah...Macam ni pun boleh pegang jawatan dalam Koperasi Guru dan UMNO nyaris nyaris nak calunkan dia. Apa lah nak jadi. Dah jadi macam zaman dulu, sapa kuat sapa kaya dia berkuasa.

Dengaq habaq juga dari orang yang empunya cerita bahawa sekiranya Aman di calunkan, dia nak balik cerita semua ni sebab kata dia kalau duit Tok Wan dia pun dia boleh balaih apa lagi duit rakyat.

Dengaq habaq dulu ada ura ura orang Jitra jugak nak jadi calun di Sg Limau tapi tak kesampaian jadi tu lah boh video calun sekarang..

Datuk Zaini Japar

Dengaq habaq DZJ cakap dalam video yang di muatkan sebelah, katanya tiada masaalah dalm UMNO Kubang Pasu dan team BN yang ada ni baguih.

Dengaq habaq team BN ni dok bercakaran mengalahkan kucing berkelahi..cakaq sana cakaq sini..cerita keburukan sana sini..Tiap tiap orang dah ada kerusi masing masing tapi apa yang tak puas hati depa ni tak tau lah.

Dengaq habaq kempen parti pembangkang amat senang di Kubang Pasu ni sebab yang dok ada dalam BN pun dok tolong perjatuh sesama sendiri..

Dengaq habaq BN semakin hancus kat sana. Masa Tun dulu tak dak dengaq macam ni, tapi bila mai Pak Lah ni dah jadi haru biru sikit. Tikam menikam banyak sangat. Tunggu nak masuk hospital saja lagi bagi yang kena tikam tu sebab darah dah semakin banyak tumpah.

Dengaq habaq cerita pasai Tok Det pun berleluasa di sana sini dan disebarkan oleh orang dalaman jugak.

Dengaq habaq kita kena tunggu dan lihatlah sapa yang akan cedera dalam pertarungan dalaman ni...

Monday, March 3, 2008

Angin Kus Kus

Dengaq habaq angin kus kus DJB sudah naik hari ni. Diberitakan Din Hj Ahmad dah kena semboq kaw kaw hari ni sampai menitis ayaq mata. Kejadian ni berlaku semasa mesyuarat di pejabat UMNO. Sebab musabab dia adalah kerana Din ni aturkan perjumpaan DSM ngan para pengundi. Salah ke? Sama sama UMNO kan? Sama sama BN kan? Tak tau lah apa nak jadi. Memang nampak sangat lah BN Kubang Pasu ni ghaplah popia..

Dengaq habaq semakin berkuranganlah undian untuk BN di Parlimen Kubang Pasu ni. Walau bagaimana sekalipun, mari kita lihat siapa yang kena?

Tok Det

Dengaq habaq banyak permintaan Ketua Puteri Kedah ni dapat kelulusan dari Tok Det, bukan takat tu saja delegasi ke luar negara untuk mencari pelabur dan memperkenalkan negeri Kedah pun selalu bawa Ketua Puteri Kedah. Tapi yang syoknya depa ni pi Germany hari tu bukannya pi ambik tau pasai pelabur tapi dok tanya tang mana shopping best sekali.

Dengaq habaq apa nak kisah shopping sebab 10 kawasan balak sokongan Ketua Puteri Tok Det lulus...

Dengaq habaq rumah Tok Det pun besaq gila dan tak kurang RM5 Juta katanya...Kaya kaya kaya

Dengaq habaq dia ni P.A Tok Det dan ada juga desas desus affair...

Dengaq habaq bukan ngan Tok Det tapi ngan laki orang...

Dengaq habaq dah kena serang ngan bini dia tu dah...

Dengaq habaq latest sekali BPR dok ligan dah pompuan ni..Sah..tapi tak tau kes apa...

Sunday, March 2, 2008

Parlimen Arau

Dengaq habaq besar kemungkinan, Parlimen Arau pun akan senasib dengan Kubang Pasu kerana calun dia tak popular ngan ramai orang.La ni orang ramai dah pandai dan tak mengundi kerana parti sahaja. Integriti dan perwatakan calun juga memainkan peranan yang penting dalam pilihanraya ini.

Dengaq habaq calun Parlimen Arau adik kepada MB Perlis dan ramai yang tak setuju dengan pencalunan tu. Kalau tak setuju, pilih orang lain saja lah. Kuasa di tangan kita 8hb. ni.

Dengaq habaq orang Kubang Pasu pun nak tukar wakil Parlimen juga tahun ni tapi tak tau lah samaada jadi kenyataan atau tidak. Tetapi memang terserlah nampak calun Parlimen Kubang Pasu goyah sebab gang yang dok ampu dia selama ni dah tukar kem ke Bukit Indah..Tak tau lah samaada kastam ngan cikgu tu masih setia, atau dah tak ada tempat lagi nak hijrah sebab orang dah kenai sangat dengan pe'el depa ni...

Dengaq habaq saje...Biaq BN menang tapi jangan bagi menang banyak sangat, nanti depa riak, macam sesetengah orang yang aku kenai...

Kisah Johari Baharum

Dengaq habaq buku yang dok edar kat Jitra ni adalah kisah Datuk Johari Baharum. Kononnya buku ni mencatatkan kisah dia dari mula mula menjinak ngan politik dulu...Wallah huallam..

Dengaq habaq ada juga kuncu kuncu calun ADUN yang akan mencetak rompak buku tu supaya dapat diedarkan dengan kebih agresif lagi. Nampak sangat lah ada kacau bilau dalam UMNO Kubang Pasu ni. Cetak rompak ni tak merugikan penerbit malah menguntungkan lagi kerana pengedaran nya akan jadi lebih luas...Anyway buku tu memang diedar percuma.

Dengaq habaq cerita cerita macam ni lah yang akan memeriahkan lagi PRU di Kubang Pasu.

Meriahkan Jitra

Dengaq habaq Siti Nurhaliza dok berjalan merata tolong kempen BN. Rembau pun dia dah sampai. Ajak ajak la mai ke Jitra, Datuk K dulu kan kerja Bank Bumi Jitra, takkan tak dak sapa yang rapat ngan dia..Risik risik lah..

Rioh juga Jitra kalau Siti mai berucap walau pun tak nyanyi...

Dengaq habaq tunggu dan lihat.

Satu Parti Lain Hati

Dengaq habaq semalam DJB dan kuncu kuncu nya pi berkempen. Sudah berkempen, DJB minta dirilah dan pergi ke tempat yang seterusnya untuk berkempen lagi..Ada lah kuncu yang mai sama berkempen tadi tak ikut DJB pi tempat seterusnya malah sambung kempennya di situ. Tetapi tajuk dia dah bertukar. Tajuk dia kali ni amat bertentangan dengan tajuk yang DJB bawa dan sebaliknya telah memperkecil dan mengutuk DJB walhal semua nya satu parti tapi berlainan kem.

Dengaq habaq melaporkan dari sumber di Kg. Naga, Jitra.

Dengaq habaq ada sebuah buku yang menceritakan keburukan DJB telah diedarkan supaya dapat di baca beramai ramai. Ini adalah satu usaha yang baik bagi entrepreneur Melayu di Jitra yang menceburkan diri dalam bidang penerbitan. Syabas..harapan dengaq habaq dapat buku tu supaya kita boleh sebarkan melalui internet dan mendapat audience yang lebih ramai lagi seluruh antero dunia...

Dengaq habaq buku tu akan jatuh ke tangan "cub reporter dengaq habaq" hari ni dan kita akan masukkan di dalam blog ini.

P.S DJB=Jo

Saturday, March 1, 2008

Email

Dengaq habaq terima email ni 2 hari sudah, teringin pulak nak share ngan gang semua..Boleh caya ke?

Matilah Kau Pak Lah! I am Innocent!

Posted by Raja Petra

Kawan-kawan, there was much drama at the Altantuya Shaariibuu murder trial yesterday. Someone is trying to do a number on someone. There are no angels involved. Only devils. For a minute the case was adjourned and the courtroom almost cleared.

The newspapers were not allowed to report on what really went on. Only a portion of what happened was reported in the press.

Here is /The Star/ version:/_Abdul Razak kicks and hits door at murder trial_/

<http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/2/21/courts/20398249&sec=courts>

Abdul Razak Abdullah Baginda, who is being tried for abetting two policemen in murdering Mongolian Altantuya Shaariibuu, lost his cool on the 90th day on Wednesday. //He had a dissatisfied look when his father Datuk Abdullah Malim Baginda whispered something to him before the hearing began at about 9.30am. After the proceedings were adjourned for lunch, however, the 48-year-old political analyst, surprised all those

present in the High Court when he suddenly kicked and banged the door with his hands. //He was also seen crying before his lawyer Wong Kian Kheong and mother calmed him down./

Before the hearing began at 9:30 am, Razak Baginda's father had whispered something to him. This made Razak angry the whole day.

Finally, about three hours later, Razak Baginda could not stand it any longer and exploded. What did he say?

Reporter friends who were there said that Razak shouted again and again, "/Matilah kau Pak Lah! Matilah Pak Lah/! I am innocent! I am innocent!" Then he went into a mad rampage and kicked the chairs and doors in the courtroom. Even the Judge was shocked and did not know what to do. Both the defense lawyers and the prosecution team were also all shocked.

The story goes that Razak Baginda's father whispered instructions to his son to incriminate his former boss Najib Tun Razak. The instruction came from the Pak Lah camp. This was yet another deal they were trying to make - Razak Baginda's life for Najib's head. The story is that Najib is outshining Badawi in this coming general election. Najib may win big in Pahang but Pak Lah may win small or even lose his seat in Kepala Batas.

The Pak Lah camp may also suspect that Najib's people are working in the background to embarass Pak Lah in Kepala Batas. Hence the 'whisperings' through Razak Baginda's father.

/The Sun/ newspaper carried the story, complete with Razak Baginda's outburst. However, the Home Ministry asked /TheSun/ to withdraw their first run which carried the /'Matilah Kau Pak Lah/!' outburst by Razak Baginda. /The Sun/ had to withdraw thousands of copies of their print run early this morning.

Strange things are happening in the country folks. No angels are involved. Only devils.

Dengaq habaq berharap sungguh yang ni cuma konspirasi orang tertentu, tapi tak tau nak kata, mungkin juga betul...

Jitra

Dengaq habaq, pekan Jitra sejuk, sugul dan kata orang macam tak dak aktiviti langsung walaupun PRU dah dekat. Apa dah jadi agaknya...RM tak dak ka? Memang orang tak kisah ka? Atau BN nak kalah ka?

Dengaq habaq, ada gang gang DSM sampai dok tercari cari idea apa nak bagi meriah sikit Jitra ni pada dua hari lagi nak menjelang hari pembuangan undi. Mungkin nak panggil artis mai nyanyi ka, depa takut sat gi kena hentam ngan PAS. Mungkin nak panggil orang yang ada nama sikit mai ceramah ka... Tak tau lah nak kata..Tapi depa tengah dok pikiaq lah tu. Mungkin nak buat macam Kulim, panggil Datuk Aziz Sattar berucap ... Barulah bujang lapuk ....

Dengaq habaq gang DSM kata Pak Lah bisik nak bagi MB kat DSM. Betui ka? Tok Det nak pi mana? Ghaplah popia semua ni...

Dengaq habaq Tun M pi ke Kg Kandis dekat Kodiang tolong D.Mukhriz kemarin 29.2.08. Tak nampak lah pulak gang gang UMNO yang dulunya bawah Tun M pi berjumpa ka, cium tangan ka....

Dengaq habaq Melayu mudah lupa.....tapi aku rasa depa ni tak lupa pasai tu depa tak pi jumpa.

Perjumpaan Ahli Komponen Parti

Dengaq habaq semalam 29.2.08 bertempat di Kelab Golf Darulaman Tok 'Ad buat perjumpaan dengan gang gang yang sepatutnya support dia, dan dia telah bercakap dengan panjang lebaq lah lebih kurang 2 jam...

Dengaq habaq malam sebelum tu kat Stesen teksi Jitra pun ada juga ceramah. Tok Jo ada, Tok 'Ad ada, Aman Khan pun ada katanya. Dia tu dok buat apa lagi kat situ..Dengaq habaq kata dah kena gantung ahli lembaga Koperasi Guru Guru Kedah pasai pecah amanah..Tak rasa malu ka depa ni ha?

Dengaq habaq DS Anwar Al Juburi pun mai Hosba semalam. Politikus frust ni sakan. Dia pi merata nak cerita kisah kisah yang lapuk, dok cari simpati. Kutuk orang tu kutuk orang ni, masa dia dok dalam kabinet dulu tak mau buat, la ni kata orang buat tak betui. Tapi yang herannya, ramai lagi yang dok support dia ni...Al Juburi jugak kut!

Dengaq habaq bini Al Juburi ni pun dah biasa mengadu kat Tun M dan isteri pasai perangai Al Jub ni masa dulu lah. Tapi tak leh nak blah sebab kan anak anak.

Aku pun dengaq habaq sajalah..Tapi hampa tengoklah video yang aku boh sebelah tu untuk renungan.

Parti Islam Tak Ikut Al Quran

Dengaq habaq PAS ni parti yang nak memertabatkan hukum hudud dan segalanya mengikut ajaran Al-Quran, tetapi malangnya depa dok mengata orang dan telah diberi kebenaran pulak tu oleh Tok Guru depa...Mungkin depa tak ingat ayat yang dibawah ni kut....

Ayat 11. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 1