Wednesday, May 14, 2008

ANIFAH AMAN

Dengaq habaq Malaysia Today melaporkan bahawa Anifah Aman telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya merampas kuasa dari BN. Tawaran ini telah dibuat selepas Anifah menolak perlantikan nya sebagai Timbalan Menteri. Beliau merasakan jawatan sebagai Menteri Penuh sepatutnya menjadi miliknya. Kemeterian Pembangunan Luar Bandar lah yang diidamkan. Beliau juga tidak dapat menerima hakikat perlantikan Mike Tyson sebagai menteri walhal Mike langsung tidak bertanding dan untuk memburukkan keadaan Selangor diwakili oleh 4 menteri didalam kabinet sedangkan negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.

Anifah dan Ghapur mempunyai pengaruh yang kuat di Sabah. Kedua duanya tidak berpuas hati dan menolak perlantikan kabinet.

Dilapurkan juga bahawa Anifah masih was was untuk melompat dan masih tunggu dan lihat. Sekiranya permintaan Sabah masih tidak di layan menjelang September ini, maka mimpi ngeri Pak Lah mungkin menjadi kenyataan.

UGUTAN

Dengaq habaq Ahli Parlimen dari Sabah ni betui betui dah genggam teloq Pak Lah apabila depa semua dok mintak dilebihkan Menteri dalam Kabinet dari kalangan rakyat Negeri Sabah dan Sarawak. Yong Teck Lee siap memberi tarikh September untuk Pak Lah menyelesaikan permintaan mereka atau sesuatu yang di luar jangkaan akan berlaku.

Terasa kasihan pulak pada pucuk pimpinan apabila isu isu ni dibangkitkan. Nampak sangatlah bahawa kedudukannya macam telor dihujung tanduk. Bila bila masa sahaja boleh pecah. Suasana kerja mestilah tension sekali apabila sentiasa diugut sebegini. Ana percaya BN ada sesuatu yang boleh dilakukan supaya tidak dimalukan oleh PR.

Sunday, May 11, 2008

JELUTONG/ SG PINANG

Dengaq habaq 50 orang dari Jelutong dan 160 orang dari Sg Pinang dah masuk PAS baru baru ni. Alhamdulillah depa dah jumpa hala tuju.

Ketua Bahagian UMNO Jelutong(Penaja) Razak dok buat apa? Habis pakat lari pi kat PAS. Sibuk gamaknya, kerja di TNB lagi, kerja di luaq lagi, projek sana sini lagi...kaya kaya kaya.

Daripada seorang budak pejabat naik ke penjaga store dan akhirnya naik menjadi seorang kerani.

Ana rasa Razak ni eloklah letak jawatan dari TNB tu dan fokuskan sepenoh masa untuk perjuangan UMNO. Bagilah peluang kepada satu insan lain yang akan menggantikan tempat dia dalam TNB nanti. Dengaq habaq dalam TNB pun bukannya ada selalu kat meja dia...

BRAHIM ALI

Dengaq habaq isu kisah Orang Kurang Upaya ni telah dimainkan dengan efektif sekali oleh pihak pihak yang tertentu. Tetapi yang syoknya, kedua belah pihak adalah dari pakatan yang sama. Maksud ana, kedua duanya adalah di luar Kerajaan. Depa dok minta Ibrahim Ali minta maaf kat Karpal Singh sebab Ibrahim Ali suruh dia berdiri bila bercakap didalam Dewan, walhal Karpal memang cedera dan terpaksa guna kerusi roda selepas teksi yang di naikinya dulu terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.

Datin Seri Dr Wan Azizah, Lim Lip Eng, Loh Gwo Burne, Gobind Singh Deo dan ramai lagi telah membawa sekumpulan OKU ke Parlimen memprotes diatas kenyataan Ibrahim Ali itu.

Tapi Ibrahim Ali tetap dengan keputusannya tidak mahu meminta maaf kepada Karpal dan menyatakan kepada kumpulan OKU bahawa masaalahnya hanaylah dengan Karpal dan tidak ada sangkut langsung dengan OKU. Dia juga menyifatkan bahawa kumpulan OKU itu telah dipergunakan oleh pihak yang tertentu untuk kepentingan plitik mereka.

Ana setuju habis ngan Ibrahim Ali dalam isu ini. Tak dak kerja lain ka depa ni, asyik membesarkan isu isu yang kecik camtu?

KETUANAN MELAYU

Dengaq habaq Ong Tee Keat tak mau dengaq lagi perkataan Ketuanan Melayu dilaungkan oleh sesiapa saja. Katanya lagi, perkataan itu melambangkan yang bangsa Melayu itu adalah Tuan kepada bangsa bangsa lain didalam Malaysia ini, walhal selama ini semua bangsa telah hidup bersama sama tanpa ada Tuan dan Hamba.

Ketuanan Melayu ni setakat dok laung sajalah. Bila mai ekonomi negara, sapa yang jadi Tuan? Depa cuti Raya, semua kerja kerja terpaksa stop sama. Kerja kerja kontrak langsung tak leh jalan. Itulah menunjukkan kekuatan depa...

Orang Melayu dok bising sana sini nak DEB dikekalkan dan sebagainya, bangsa asing dok tunggu saja. Sapa dapat kontrak pun akan datang juga membeli peralatan yang di monopoli oleh mereka. Talak lugi punyaa...

SITI FATIMAH TAN

Dengaq habaq Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, telah dibenarkan menjadi kafir semula selepas Hakim Mahkamah Syariah, Othman Ibrahim, memberi keputusannya.

Kes sebegini merupakan kes yang pertama di Malaysia dimana seorang Muslim yang masih hidup diberi kebenaran untuk meninggalkan agama Islam.

Mengikut bukti bukti yang dibentangkan, Tan Ean Huang, seorang peniaga dari Nibong Tebal memeluk agama Islam atas dasar ingin berkahwin dengan seorang warga Iran, Ferdoun Ashanian, pada tahun 1999. Ferdoun pulak langsung tak pernah membimbing Tan untuk menjadi seorang muslimin yang baik dan Tan pulak tak pernah meninggalkan kebiasaan nya menyembah berhala Tua Pek Kong, Kuan Yin dan Thi Kong. Atas dasar ni lah maka Hakim membenarkannya kembali ke agama asal.

Maka, Ong Ka Ting, Lim Guan Eng, Dr Wan Azizah dan Pengurus Program Sisters In Islam Norhayati Kaprawi pun bersetujulah sangat dengan keputusan tu. Ong Ka Ting menyifatkan keputusan ini sebagai bersejarah dan berharap sesiapa lagi yang mempunyai masaalah yang sama supaya tampil kehadapan dan dapatkan penyelesaian dengan segera.

Mengikut Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian hal ehwal agama, tiada undang undang di peringkat federal untuk menghalang seseorang untuk menukar agamanya.

Nasharuddin Mat Isa, PAS, menyatakan bahawa meninggalkan agama Islam adalah dilarang sama sekali kecuali seseorang itu dipaksa memeluk Islam.

Selepas mendapat keputusan tersebut Tan terus ke tokong berdekatan untuk bersyukur.

Siapa salah? Tan kah? Suaminya kah? Atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang? Dah terlambat untuk menuding jari. Kalau dah individu itu sendiri tidak mendalami ajaran agama, tidak dibimbing dengan sempurna dan memeluk agama hanya untuk berkahwin dan berseronok diranjang, ana setuju sangat dengan keputusan hakim itu. Kerana individu sebeginilah yang menjatuhkan imej Islam di mata bangsa asing yang berlainan agama.

BEREBUT NAMA

Dengaq habaq nama Allah akan dibicarakan tentang status penggunaan nya oleh penganut agama Kristian yang ingin sangat menggunakan nama itu dalam akhbar mingguan mereka The Herald Tribune.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia pulak mengeluarkan kenyataan agar The Herald menggunakan nama lain agar dapat memperkayakan istilah dalam perbendaharaan Bahasa Melayu. Ini adalah cara yang sopan untuk menghalang penggunaan perkataan tersebut.

Walau bagaimanapun ana ada terbaca sesuatu yang memperkatakan tentang subjek ini. Sila layari sini
Pandangan seorang kristian lah katakan...kristian indon.

NALLA

Dengaq habaq Malaysian Indian United Party yang di terajui oleh Dato' Nalla dah tolunji di Pulau Pinang. Seramai lebih kurang 2000 ahlinya melompat katak ke Parti Keadilan Rakyat setelah mendakwa Nalla tenggelam punca apabila BN kalah.

Ana rasa ahli ahli ni yang tenggelam punca dan merasakan tak dak future dengan parti baru ini. Walau apa sekali pun, lompat si katak lompat...Pordemaa?

MUHYIDDIN

Dengaq habaq Muhyiddin rasa macam nak bertanding untuk tempat yang lebih tinggi dalam parti setelah beberapa lama memegang jawatan yang sama saja. Kalau dah keinginan sebegitu makanya tempat yang atas lagi adalah tempat Najib atau Pak Lah je lah.

Dengaq habaq Muhyiddin pun dah mempersoalkan sistem kuota pencalunan yang diguna pakai dalam UMNO untuk pertandingan sesuatu jawatan. Katanya sistem inlah yang memangkinkan lagi politik wang. Beliau juga menyatakan yang beliau pernah membawa persoalan itu kepada TDM suatu masa dulu tetapi tidak diendahkan malah TDM menyuruhnya ikut sahaja sistem yang ada. Tetapi sekarang TDM pulak yang meminta agar sistem itu di tolak.

Walau camana sekali pun pertandingan dalam parti adalah sihat dan melambangkan demokrasi sepenohnya. Yang membuatkan tak sihat adalah serangan peribadi dan juga ahli ahli yang tak sporting dan akan berdendam tak sudah. Ahli jenis ni ken kuteh(cubit) buang..

KARPAL OH KARPAL

Dengaq habaq Karpal dah takut dengan bayang bayang nya sendiri apabila membuat kenyataan yang beliau risau akan keselamatan nya setelah Pak Lah membuat kenyataan bahawa Peguam Negara akan menyiasat dan memikirkan apakah hukuman yang setimpal dikenakan sekiranya Karpal didapati salah didalam pertuturannya terhadap Sultan Perak.

Ini menunjukkan bahawa PM telah menganggap dia bersalah walaupun belum dihadapkan ke Mahkamah, katanya lagi.

Well, apa nak ditakutkan. Stand by your words lah. Tanggung jawablah keatas apa yang diperkatakan. Lagi pun, bukan kah hari itu dia amat menyokong ketelusan yang telah di tunjuk PM apabila mengadakan jamuan makan dengan loyar loyar dan hakim hakim yang di buang dulu.

Terima je lah ...

Thursday, May 8, 2008

MALAYSIA TODAY

Dengaq habaq Raja Petra Kamaruddin ni degil sungguh la sampai tak mau jumpa bini dia pun. Duit dah rakyat bagi untuk jamin dia, tapi dia tak mau keluaq jugak. Mungkin dok dalam tu dia boleh dapat idea lagi untuk bercerita dalam M'sia today.

Secara peribadi aku rasa dia ni nak jadi hero. Kadang kadang reaksi dia ni macam Gandhi. Kadang kadang macam ... tak tau nak kata apa lah.

Eloklah sekiranya pilihanraya yang akan datang ada parti yang nak bagi dia bertanding satu kerusi. Dia ni aku rasa teringin sangat nak jadi wakil rakyat. Hero bloggers memang dia dah dapat. Hero Rakyat belum lagi.

DAKWAT

Dengaq habaq PBT kat Penang tu masih belum dibubarkan lagi oleh ROS. Oleh tu apa yang Puan Sri buat tak betui lah. Yang dok pi hantaq duit bagi kat BAKTI tu buat apa? Depa dah berlambak duit dah. Lagi baik kalau dia bagi kat yang memerlukan.

Dengaq habaq jugak dakwat hitam yang depa nak guna masa pilihanraya dulu, dan tak jadi guna pasai ada cerita orang lain bawak masuk dakwat yang sama, ternyata cerita tu hanya rekaan semata mata selepas polis mendapati tiada asas langsung diatas lapuran itu. La nie apa cerita yang sebnaq nya? Rakyat nak tau jugak samaada dakwat tu dah sampai ke Malaysia ke atau cerita beli dakwat tu cerita atas kertas saja dan ada orang yang dah jadi jutawan pasai beli dakwat tu.

Malu dengaq cerita camni semua. Nampak sangat kerajaan ni anggap macam rakyat ni semua bodoh dan tak berpelajaran.

Monday, May 5, 2008

BISING

Dengaq habaq ramai orang Islam dah mula bising apabila Hakim yang bukan melayu dan bukan Islam yang akan menentukan samaada penggunaan nama Allah dibenarkan disebut didalam The Herald, majallah katolik Malaysia.

Inilah keadilan dan inilah ketelusan Hadhari. Mungkin banyak lagi isu isu Islam akan do hakimkan oleh yang bukan Islam.

Telah pun ada cadangan untuk dibawa ke Parlimen agar orang yang memeluk agama Islam kerana perkahwinan, dibenarkan menukar agama sekiranya berlaku perceraian dan sebagainya. Marriage of convenience lah katakan. Kahwin supaya pencegah maksiat tak tangkap basah lah namanya tu...

TUHAN

Dengaq habaq penganut agama Kristian Katolik Malaysia telah mendapat kebenaran dari Mahkamah untuk membawa kes penggunaan nama Allah sebagai Tuhan didalam akhbar The Herald. Hakim Mahkamah Tinggi ,Lau Bee Lan telah meluluskan agar kes itu didengar di Mahkamah setelah pihak Kerajaan cuba membuang kes itu.

Ini lah ketelusan dan keadilan yang ditunjukkan oleh Hakim setelah diperbetulkan oleh Pak Lah baru baru ini, kononnya lah.

Kerajaan telah mengharamkan penggunaan nama Allah dalam akhbar itu dan hampir hampir mengharamkan penerbitan newsletter yang diterbitkan di dalam bahasa Inggeris, Mandarain, Tamil dan Melayu itu.

Ini menunjukkan betapa degilnya mereka dan masih nak berlawan serta nak menegakkan penggunaan nama Allah itu walaupun sentimen rakyat yang beragama Islam dah tercalar. Katanya sebab yang amat ketara diatas kedegilan mereka untuk berlawan adalah kerana bangsa lain merasa tidak senang dengan Kerajaan yang rata rata menghebahkan yang negara kita adalah negara Islam.

Aduh ...kacau kalau camni. Depa nampak dah samseng dan kurang di ajar cara menghormati satu sama lain. Pikiaq pikiaq balik, orang Melayu pun kekadang ada juga kata camtu kat depa.

Saturday, May 3, 2008

KJ10Q

Dengaq habaq adalah satu tempat di Plaza Damansara bernama Chef and Brew. Kalau kat Penang ada satu cawangan di Krystal Point. Caesars Salad dia sedap...Amma...

Oklah sambung cerita. Kononnya disitulah tempat perjumpaan seorang anak muda yang penoh dengan kuasa. Dia akan datang ngan kereta bernombor daftar KJ10Q. Bila sampai dia terus naik ke atas dan ramai lah balachi yang akan ikut dia dan ramai lagi yang dok tunggu nak jumpa ngan dia. Semua nya siap dengan fail tebal tebal belaka.

Dahsyat budak muda ni.

Dipetik dari sini.

SUFIAH YUSOF

Sufiah Yusof, 23, genius Matematik yang menggemparkan kita suatu masa dulu. Kebanggaan rakyat negara ni adalah kerana ibu kepada Sufiah adalah rakyat Malaysia yang berkahwin dengan seorang Pakistan dan menetap di England.

Dia ni bermasaalah kerana dia tak dapat membesar seperti budak budak yang sebaya denganya. Umur belasan tahun dah masuk Universiti yang dahsyat pulak tu.

Yang ana nak bincang disini ialah apabila ramai rakyat yang melenting bila Sufiah didapati memeprdagangkan dirinya dalam internet dengan bayaran 130 pound untuk satu sessi. Lumayan tu. Maka berkerumun lah rakyat memberi pandangan dan pendapat cara mana nak memperbetulkan kepala budak tu supaya jadi orang yang lebih berguna. Kaunselling lah, mebincang lah, pendekatan agama lah dan macam macam lagi. Yang nak terpa pi dari sini pun ramai.

Tapi yang ana hairannya, kat sini pun berlambak lambak yang berperangai macam Sufiah tu. Dok berdagang di tepi jalan pun ada. Yang dalam hotel ka, spa ka, massage parlour ka, tok sah dok kiralah punya ramai. Tapi tak dak sapa pulak yang nak bagi pendapat atau pandangan cara pendekatan yang sesuai untuk menangani masaalah yang di dalam negara sendiri ni.

Tak salah sungguh orang dulu dulu dengan membuat perumpamaan, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata...BUTA. Buat apa pun depa nak cari nama, nak recognition dan pampasan. Itulah rakyat negara ana yang tercinta....

BALAK

Dengaq habaq Kedah Darul Aman dibawah pentadbiran Ustaz Azizan nak buat tender terbuka untuk konsesi balak. Tender “NEGO” dulu telah merugikan negeri sebanyak RM50J setahun. Aduh..banyak tu. Mana lah duit sebanyak tu pi. Poket sapa lah yang dia dah masuk.

Daripada RM10,000 se ekar, Kedah hanya dapat diantara RM500 – RM1000 sahaja. Sebatang pokok pun dah boleh dapat RM3000. Takkan satu ekar ada satu pokok saja kut? Ini lah apa yang Ustaz tanya

Patutlah rumah depa besaq besaq dulu. Barang dalaman semua mahai mahai belaka. Berjuta harga rumah. Rumah sapa? Tak tau...kawan kawan towkay balak lah...

PBT

Dengaq habaq Puan Sri Chui Kah Peng isteri kepada Tan Sri Koh Tsu Koon mengajak Guan Eng ngan Jeff OOi berdebat secara terbuka mengenai isu Persatuan Bunga Tanjung yang mempunyai matlamat yang sama dengan BALKIS di Selangor.

PBT pun membubarkan juga Persatuan nya sam seperti BALKIS lah dan wang sebanyak RM590,665 telah diagihkan kepada BAKTI dan beberapa persatuan yang lain.

Dah jadi macam Hillary Clinton ngan Obama lah pulak.

Tut tut, Guan Eng kata tak payah lah nak berdebat terbuka. Mai jumpa dan selesai dengan elok. Tak yah dok cerita satu dunia..Segan jugak dia.

PARLIMEN

Dengaq habaq tak jadi lah Menteri Penerangan nak batalkan siaran langsung dari Parlimen pasai Kabinet tak setuju.

Alahai, bagi peluang lah kat pembangkang tu sekali lagi. Depa ni teramatlah memerlukan muka depa keluaq dalam TV sebab TV Kerajaan tak mau ambik gambaq muka depa semua. Tak pernah pun ada cerita depa buat apa apa, cuma bila depa buat benda yang tak berapa elok baru masuk TV. Tu pun negatif lah selalunya. Depa pun teringin jugak.

Tapi ana hormat lah Tok Guru Nik Aziz bila dia hentam depa yang dok buat leceh dalam Parlimen tu, walaupun dia juga seorang pembangkang. Kenyataan yang macam tu terus dimasukkan dalam akhbar sebab dia hentam gang dia.

MB Perak

Dengaq habaq MB Perak tengah dok mesyuarat bila Raja Muda Perak menitah dia supaya mengadap. Raja Nazrin nak bagi tau bahawa pemberhentian Jamry adalah salah dan MB kena minta kelulusan dia dulu. Maka dia menitah suruh bagi balik jawatan tu kat Jamry.

Alahai, lambat siang nak jadi MB. Bila mai undang undang dan salah silah dalam hal pentadbiran negeri, tak tau menahu. Main hentam keromo saja. Camana ni. Terlampau nak tunjuk kuasa depa sampai langsung tak horamat Raja. Dah kelam mata bila memegang jawatan eksekutif tertinggi dalam negeri.

Ana harap depa belajaq bagi khatam dulu lah berkenaan undang undang dan tata tertib pentadbiran Negeri. Raja Perak tu pernah di anggap sebagai Raja yang paling intelligent dalam dunia sebab dia biasa jadi Ketua Hakim sebelum jadi Sultan Perak. Dan Raja Muda Perak pun bukan calang calang orang. Ada PHd tu. Raja Muda Kelantan kut lah tak berapa nak cerdik....