Lama sangat rasanya Pak Lah dok menahan perasaan apabila dia di cemuh oleh TDM dulu, pastu rakyat pulak dok minta dia belah last sekali sampai kabinet dia sendiri pun dok minta dia undur diri, makanya dia pun meletup lah di Kota Kinabalu. Jam 11:30 mlm dia panggil buat sidang akhbar. Tak tahan sangatlah tu. Tahniah Pak Lah kerana berani bersuara. Tapi rasanya dah terlambat sebab 5 bulan lagi dah pencen. Mungkin pasai dah nak pencen kut baru berani cakap? Tapi walau camanapun, memang manusia ni boleh sabaq takat limit dia saja. Pas tu mesti meletup punya kalau dok cucuk dia lagi.
Bila Pak Lah kata "Tun tu sapa? Dok berlagak macam pengarah UMNO pulak", memang betui apa Pak Lah kata tu. Tun pun kadang2 kalau dia hentam orang tak bagi chance langsung. Tak yah dok tumbuk lagi lah kalau lawan kita tu dah jatuh. Takkan nak pijak dia sampai tenggelam? Paling best, pi tepuk bahu dia dan pimpin dia bagi berdiri balik. Pas tu dia mesti belah dah.
Yang depa ni pun satu jugak. Dah semua pakat setuju hari tu nak tangguh sampai March ni, awat yang dok bercerita kata lama sangatlah kempen, takut jadi sesuatu seperti rasuah dan sebagainya lah. Maknanya depa memang tahu lah bahawa rasuah ni berleluasa dalam pemilihan calun. Memang semua orang dah sedia maklum. Carilah jalan nak basmi kerja2 yang tak elok tu. Carilah penyelesaian.
Tapi hari ni Muhyiddin dah lega dah sebab dia dah layak untuk menyertai pertandingan timbalan presiden parti tu. Dia dah cukup pencalaonan untuk masuk padang. Bahagian Gerik lah yang memberikan dia tiket tu. Senyum lebaq lah. Tapi yang lain2 tu dok tercungap cungap lagi. Gang ni lah agaknya yang dicadang Tun agar dikeluarkan. Tak dak stamina dah. Saringan pun dah terkeluaq lidah, camano?
Najib setakat ni dah dapat 64 pencalonan. Ku Li kosong. 64-0. Skor ni macam main basketball atau pun ragbi je lah. Di Bachok Kelantan, nama Ku Li ada di sebut, tapi daripada 500 lebih ahli yang mengundi, Ku Li dapat 10 undian je. Kalau negeri sendiri pun payah nak dapat susah lah boss.
Hishammudin, Zahid,Shafie Apdal, Khaled dan gang2 muda lah katakan nampaknya mendahului gang2 tua. Elok pun camtu. Depa ni semua kena give way lah kat gang muda pulak buat kerja. Yang tua, relax dan dok diam2. Pi main golf ka, naik kuda ka, jadilah chairman sana sini, menikah ngan artis ka...jangan do pi tampaq pungkoq anak dara dah la...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku tak brp setuju dgn apa yg hang kata. Pemikiran hang tak jauh, lebih kurang sama dgn Dolah saja.
Malu dak kalau org kata otak hang otak Pak Lah, BANGGA dak kalau org kata otak hang otak Mahathir?
john,
pandai hang tuleh dalam bahasa melayu nuu. menibai oghang pun kegha cekap jugalah. pedih oooo.....
Post a Comment