Monday, October 13, 2008

NUJUM....


Setakat pukui 12 tak sat ana dengaq Mukhriz dah dapat 40 pencalunan dah. Yang terdekat ngan dia, Khairy, tak cecah 20 pun lagi. Nampak gaya ada peluanglah Mukhriz ni nak mengepalai Pemuda kali ni. TDM ada kata yang dia percaya yang anak dia ni kemungkinan besaq kalah dalam pertandingan ni. Well, hari tu pun dia kata Pak Lah akan mempertahankan jawatan dia, tapi sebagaimana yang terjadi, Pak Lah dah buat keputusan untuk menarik diri. Kita harap apa yang TDM kata sekali ni salah lagi dan Mukhriz akan dilantik seterusnya... Tapi kalaulah Mukhriz menang, apa akan jadi kat Khairy ha? Tak dak position dah le..Ni kira first time dia nak bertanding dalam UMNO kan. Dulu dia dapat jawatan timbalan ketua Pemuda tanpa tandingan. Tak dak sapa yang berani nak lawan dia pasai pak mertua jadi PM masa tu. Nampak sangatlah depa ni semua kaki ampu. Maksud ana gang yang dalam Pemuda ni lah. Depa punya nak jaga hati PM, sampai sanggup bagi jawatan tu kat menantu dia. Tapi ada jugak kaki yang boo Khairy masa dia buat ucapan sulong dia dulu....Tapi YB masih ada lagi kat Khairy.

Pencalunan untuk Presiden pulak nampaknya Najib sorang saja yang depa dok calun. Ku Li tak dengaq habaq lagi. Nampak gaya macam dia main sorang je lah game ni. Timbalan pulak, Muhyiddin nampak strong. Semua orang dok nampak regu depa dua ni, Najib ngan Muhyiddin untuk menerajui Malaysia. Gang lain yang dok turut sama dalam race ngan Muhyiddin pun nampak macam kena tinggai je.

Dengaq habaqlah kan, katanya gang yang masuk race ngan Muhyiddin ni, semua dah nampak yang depa akan diketepikan oleh Najib bila dia jadi Presiden nanti. Jadi ni kira mission do or die lah. Klu sangkut, sangkutlah, kalau tidak pun kira die fighting lah. Nor Jazlan pulak harap kan nama pak dia je lah untuk naik, atau pun dia memang ditugaskan untuk buat pulut kacau kat situ. Yang dok cerita dia dah 4 kali ambik SPM, lanie nak ambik STPM pulak, Mike Tyson, banyak gak orang kata ni kamikaze dia lah...Kalau merudum, apalagi yang ada kat dia. Jawatan menteri pun tak tentu lagi kalau Najib pegang. YB pun tarak...

Yang pulun naib Presiden ni, bagi orang ramai tak lah thrill sangat kan...Biaq lah depa pakat dok pulun. Kita tunggu dan lihat dah le.

Tapi dengaq habaq jugak, Pakatan Rakyat takkan let go cita cita depa untuk take over kerajaan. Walaupun DAP tak berapa setuju ngan gang katak lompat, depa setuju ngan cadangan ambik alih kerajaan ikut pintu belakang. Walaupun PAS ngan DAP tak berapa nak ngam, walaupun ahli PAS banyak yang tak berapa nak setuju ngan PKR dan DAP, depa tetap nak ambik alih jugak. Lepas tu baru depa bergaduh kut. Arkitek dia masih dok berdoa siang dan malam agar cita cita dia tercapai..Cita cita untuk jadi PM. So near and yet so far dah dirasanya sebelum dia disingkir dari kerajaan dulu. La nie dah ada target date baru pulak. Sebelum Disember pulak katanya. Isnin 13/10/08 ni dia berjanji akan bagi satu show yang menarik dalam Parlimen. Jangan tak tengok.

Tuan guru Nik Aziz pun dalam wawancara dia ngan Rocky dan Sheikh pun menegaskan yang Pakatan Rakyat walau camanapun mesti ambik alih gomen dari BN untuk memperbetulkan banyak kesalahan dan kejahatan yang telah dilakukan oleh BN dari dulu sampai la nie. Kalau tok guru jadi PM kan ke bagus...Teori R.A.H.M.A.N pun tak lari. Sebab huruf "N" tu tak semestinya Najib, Nik Aziz pun leh jugak...

Ana rasa ana boleh terima....

No comments: