Wednesday, October 8, 2008
BYE.....
Bunga api meletup letup menyambut kesedaran Pak Lah akhirnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO, sekali gus melepaskan jawatan No.1 Malaysia. Kerenyeh sakan nampak muka Najib apabila Pak Lah kata nak handover kat dia dan memang yakin dia akan menang. Maknanya Najib nak kena bertanding ngan Ku Li lah gamaknya.
Yang sebenaqnya, gang2 dalam UMNO lama dah dok gabuih pungkoq Najib, sejak Pak Lah kata nak belah pada 2010 lagi. Memang depa dah tau tak dak guna dah dok angkat Pak Lah, sebab dia punya era dah ranap, kaput. Inilah dunia nyata...
Dalam masa 5 bulan ni Pak Lah kata dia nak tunaikan janji2 dia seperti menghapuskan rasuah, memerdekakan institusi kehakiman sepenuhnya dan macam2 lagi lah. Banyak jugak benda yang dia janji dulu, dia tak dan buat. Sebenaqnya bukan tak dan, tapi culture atau kebiasaan dalam UMNO tu yang menghalang Pak Lah dari mengimplementasikan sepenuhnya idea idea dia yang bernas tu. Salah Pak Lah pun ada jugak lah kut. Dia terlalu lembut dan semua berani melawan dia, dan dia tak leh nak lawan balik. Tu yang dia selalu dok lena tu. Dia bukan takut kat Menteri dia, cuma depa tu tak takut kat dia.
Kita umpamakan dia sebagai gajah yang dah nak matilah, la ni dok cari tempat dia untuk berehat selamanya. Jadi ana tak nampak apa impak yang dia akan buat dari sekarang sampai bulan 3 ni. Bagi penyokong setia dia, depa terasa macam Pak Lah dah terjun dari kapal yang di nakhodai nya, tinggai anak2 kapai terkapai kapai tak tau arah mana nak pi.
Syarikat yang di terajui oleh keluarganya dan sahabat handainya, kemungkinan besaq akan hilanglah taring depa selama ni. Dah tak dak kepentingan lagi. Tapi apa nak buat, dalam masa era dia sebagai PM, depa dah kaya raya dah. 7 keturunan lagi pun depa ok. Ada jugak cerita yang mengatakan Kemeterian Pertahanan tengah dok nego nak sewa helikopter dari satu syarikat dengan kontrak yang bernilai ratusan juta ringgit selama berpuluhan tahun. Dengaq habaq syarikat tu pun ada sangkut paut ngan keluarga dia gak, pasai tu dia ambik kementerian tu dan akan pastikan gang dia dapat kontrak tu. Betui ke dak, wallah wa'alam. Mungkin ni lah pasai dia minta tangguh sampai bulan 3 kut. Atau mungkin ini satu cara pembayaran kepadanya agar belah cepat kut..Dengaq habaq je lah.
Gang2 dalam parti komponen kata Pak Lah mengambil tindakan yang wajar dan lebih mementingkan parti dari diri sendiri. Untuk mempastikan keteguhan parti dan BN. DAP kata dia telah di keluarkan dari UMNO. Kira macam ditendang keluaq atau disuruh keluaq lah kut. Walhal Karpal kata dia dipilih oleh ahli semua, tak kena kalau di pressure untuk dia berhenti.
Teka teki ni dah terjawab. Lagi teka teki akan keluaq. Ku Li nak lawan ka? Ada pencalunan ka? Muhyiddin dok tunggu apa lagi? Katanya nak buat pengumuman dah. Kita tunggu dan lihat episod seterusnya...
Jangan lupa akan DSAI. Katanya dia dok bincang sakan ngan gang dia pasai hari Isnin ni Parlimen dah bukak balik. Mungki dia dok cari pintu belakang mana yang dia boleh buka dan masuk....Ya ensuuunnn, mata kajiiii....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment