Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena hari baik bulan baik ni ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin..Kalau ada yang tersalah cakap tersinggung bahasa dan tersentuh minda, ana pohon maaf sekali lagi. Segala bentuk dan hasil nukilan adalah dari hati ana semata2.

Ana berharap sangat agar selepas raya ni, kita bersatu balik, berbaik2 semula dan terus bersatu padu agar Negara Boleh kita ni dapat melonjak kembali di persada dunia, agar negara ketigsa dulu yang mengagungkan kita kembali konfidennya terhadap kita.

Mungkin keputusan samaada nak bertanding atau nak lepas jawatan Presiden Umno akan menjadi titik permulaan yang baru untuk parti yang suatu masa dahulu "agung" sekali sehingga kebanyakkan ahlinya lupa diri, lupa daratan, megah, sombong dan ranggi. La nie depa dah merasa camana duduk disebelah pagaq lain. Dikawasan yang hilang taring dan ngaumannya.

Senario sekarang ni amat demokratik sekali. Amat telus. Semua bangsa dah berani bersuara. Semua bangsa dah berani mengutuk satu sama lain..Yang ni kah yang kita mau?

Masa berjumpa sahabat handai sambil makan ketupat hari raya ni, sembang2 lah, pikir2 lah....

No comments: