Saturday, September 27, 2008

Karekter

Malas, malas, malas...Letih kalau kita dok layan dengaq senario politikus kita ni. Depa banyak sangat yang cakap tak serupa bikin. Depa banyak berjanji tapi langsung tak tunai. Kalau kira hutang, depa dah tak tau banyak mana bunga nak kena bayaq ngan rakyat.

Lepas Anwar menang dengan sombongnya di Permatang Pauh, depa bagi gelaran Prime Minister in waiting. 16hb September, tarikh keramat, tarikh untuk kita merasakan pentadbiran negara yang baru, yang lebih bermakna, yang tak korup, yang berilmiah dan segala macam kebaikan yang dijanjikan...hampeh..apa pun tak dak.

Percaturan yang dicakaq atas kertas dan atas pentas kempen sedap sungguh kita dengaq. Senang sangat rasanya. Mudah. Budak kecik pun boleh kira. Macam kita main polis sentry dulu lah, hang masuk belah dia, dia ni masuk belah aku, aku ada gang banyak pada hang dsb. Bila kita rakyat yang jahil pasai politik dan pentadbiran negara, yang jahil tentang perjalanan Parlimen, rasa senang sangat untuk Anwar masuk pintu belakang. Pelincir untuk meloloskan diri adalah 31 katak yang akan melompat. Pastu kuncu2 nya akan melantik dia menerajui kerusi no.1 Malaysia. Senangnya.

Tapi nampak gaya keinginan yang sekian lama terbuku dihati Anwar tak kesampaian. Impian untuk dinobatkan sebagai PM Malaysia masih lagi tak tercapai. Impian yang sekian lama dipendam dah dekat tapi jauh.

Ada hati dia suruh Pak Lah buka Parlimen untuk dengaq hujah dia dan untuk dia memalukan Pak Lah dalam Parlimen. Mana Pak Lah mau? Ana pun tak mau. Kalau kuasa dah ada ditangan untuk buka Parlimen supaya bersidang untuk menjatuhkan dia...tobat dia tak mau buka. Tak lah sebodoh tu atau sebaghal tu PM kita ni. Bukan kecik anak jugak nak dok tempat tu walau pun orang kata kat dia macam2. Last last dia persalah Pak Lah atas kegagalan dia untuk mengusulkan undi tak percaya dan memperkenalkan katak2...

Tak jadi 16hb..tak pa..23hb pulak dia bagi ultimatum kat Pak Lah..Hang sapa nak bagi ultimatum kat Pak Lah? La nie, dia dah tak mau bagi dateline lagi. Adakah dia malu? Adakah dia tak cukup katak? Adakah dia dah terlepas cakap? Atau adakah dia dah give up dan akan ikut prsidur normal untuk memertbatkan diri sebagai politikus No1 Malaysia...? Ana akan lebih menghormati dia kalau dia buat cara yang elok dan bukan diluar tabii politik..hehehehe. Sekurang2 nya dia berjaya memberi kita harapan, macam angan2 bila beli loteri. Best part, Anwar has all the reasons for his failure. Dan penyokong dia akan percaya bulat2 apa saja yang dikatakan oleh Brother Anwar Bin Ibrahim ni..

Dalam celah2 tu keluaq pulak cerita Adun PKR menerima sedekah daripada pompuan dari negeri Cina. Katanya dia tu sedekah, maka dia pun apa lagi, balun je lah? Astaga... orang macam ni pun hampa kat Perak pilih ka? Dia tak dan nak tuduh reporter memutaq belitkan statement dia, TV dah tunjuk footage atau clip yang mengesahkan ucapan atau kenyataan dia tu. Ancua? Amacam? Tuang Guru yang dalam pakatan kenalah tegoq sikit depa ni. Buat malu Tuan Guru je kalau bersekongkol ngan depa. "Kepala" dituduh liwat buat kali kedua, ni ahli parti yang berpangkat ADUN pulak mempertahankan perbuatan atau perlakuan seksnya dengan pompuan Cina tu sebagai sedkah yang tak boleh di lepaskan begitu sahaja.. Dahsyat.. Berani depa ni menyatakan pendirian. Untuk jadi ahli politik yang sebnaqnya is all about character. Perwatakan. Towkay dituduh main belakang, anak buah pulak main depan2. Siap buat statement lagi...Kudos...

No comments: