Monday, October 6, 2008

PULUN...

Sakan sungguh lanie depa dok pulun nak bertanding. Riuh, gah merata ceruk depa dok cerita. Orang tua tu tak dan kosongkan tempat lagi, depa dah canang merata yang depa nak bertanding. Nampak gaya memang sungguh lah depa dalam MT UMNO pun dah meluat habis kat boss depa ni. Depa kira tolong confirmkan kat rakyat lah kut bahawa memang Pak Lah akan chow sebelum 2010. Sebab depa dah tau kerusi Timbalan Presiden akan kosong berikutan pulangnya Pak Lah ke alam nyata dengan mengosongkan kerusi Presiden. Dan pada firasat depa, Timbalan Presiden akan menjadi Presiden dan kerusi tu kosonglah.

Tak terpikiaq kah yang mungkin ada orang macam Ku Li ka yang akan merebut jawatan Presiden? Walau apapun peluang beliau, tetapi keinginannya untuk mencorakkan kembali UMNO yang didakwa dah lemah tu amatlah kuat dan terdapat ramai jugak yang menyokongnya.

Bukan sikit, tapi ramai yang mempersoalkan siapakah yang paling layak antara kalangan ahli UMNO lah yang layak untuk memegang jawatan Presiden tu. Kalau ikut lojik dan adat UMNO, Timbalannya lah yang paling layak untuk naik tempat tu. Tapi rakyat yang reti berpikiaq sikit rasa Najib pun banyak masaalah jugak. Tak kuat kalau kena serang. Banyak sangat cerita2 yang dibelakang tabir yang sedang berlegar diakar umbi, samaada betui atau tidak berita tu, masih menjadi tanda tanya. Tapi cerita tu semua ada lojiknya kekadang bila kita amati lama2 sikit.

Yang bersuara untuk bertanding Presiden cuma Ku Li sorang saja. Kalau betui terjadi, Ku Li ngan Najib kena bertarunglah. Best tu...baru demokrasi. Ku Li ni ada ketokohannya. Ada karisma dia. Dia pun selama ni low profile je. Bila mai huru hara 8 Mac baru dia bersuara. So nampak gaya Najib bukannya terpaksa bertanding jawatan Presiden tetapi lebih kepada mempertahankan kedudukannya dalam UMNO. Kalau dia tolunji(kalah) habis lah dia. Apa pun tak dak. Tak dak chance lah Rosmah nak berkatek katek sebagai 1st lady...Tapi duit ada..Apa nak risau. 7 keturunan pun tak habis kan? Sembang pasai keturunan ni teringat jugaklah ana kata2 seorang tua yang ana jumpa kat Pekan Pahang.."Najib ni dari golongan bangsawan..Tak reti kesusahan.." dan ana ada jugak terima gambaq2 "keturunan" Najib dalam email...Handsome habis anak dia ni, macam bapa dia jugak...Ada jugak gambaq2 yang didakwa kata anak dia ni ngan kawan2 dia lah kut. Maklumlah, anak TPM, sapa tak mau rapat. Semua nak berkawan ngan dia kan? Ana pun dapat dlm email, mungkin betui mungkin tidak..Tapi org muda kan? Mesti lah tengah dok hot... Semoga berbahagialah depa. Agar depa tau jugak kesusahan rakyat yang dok merana sebab duit dah jadi semakin kecik dengan kenaikan harga barang2 lanie.

Lanie dah terdapat 3 orang yang menyatakan kesanggupan depa untuk bertanding post No.2 tu. Zahid Hamidi, Ali Rustam dan Nur Jazlan Mohammed. Muhyiddin masih tunggu dan lihat sampai 9hb ni bila Pak Lah buat pengumuman samaada dia nak bertanding ke tidak. Dia ni memang dah terkenal dengan cakap tak serupa bikin dia..Kata minyak tak naik, esok tu naik. Kata Parlimen tak bubar, esok lusa bubar, sampai dah terkenal ngan gelaran flip flop. Ana pun tak tau pasai apa depa gelaq dia camni, sebab flip flop boleh jugak bermaksud sebagai slipper jepun lah kita kata.

Zubaidah Abu Bakar kata dalam NST, Mike Tyson pun teringin jugak post No.2 tu, Rais Yatim dan Isa Samad jugak mempunyai impian yang sama. Ramai betui lah sekali ni. Semuanya nak pulun cuba. Demokrasi...Telus.. Tapi kena ingat jugak yang bukan calang2 orang yang boleh dok kat kerusi tu. Dia akan jadi pengganti No.1. Keputusan ini terletak kepada Bahagian lah untuk mencalunkan. Biaq yang betui2 ada ketokohan saja yang dicalun.

Tapi tak taulah..mungkin depa ni semua tak dan nak buat apa apa pun kalau Al J Pmtg Pauh berjaya curi kerusi tu melalui pintu belakang... Asyik belakang saja lah dia ni...

No comments: