Tuesday, September 9, 2008

KESIAAANNN


“Ahli-ahli Gerakan berasa amat kesal dan marah dengan tindakan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab Ahmad mengoyak gambar Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam sidang akhbar di Pulau Pinang semalam.

“Jika beliau tidak ditahan di bawah ISA, peristiwa hitam berdarah 13 Mei akan berlaku di negara ini lanjutan daripada tindak-tanduk Ahmad itu,’’ kata Lian Hoe pada sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan di sini hari ini.

Datuk Tan Lian Hoe adalah Ketua Wanita Gerakan yang nampak muka Non cabai macam Tok Mat mengoyak gambaq KTsK. Ini ternyata menyemarakkan lagi kemarahan Gerakan. Sila lihat siapa yang koyak ...

Adakah kata2 ini satu ugutan kepada Pak Lah supaya perosok Tok Mat di Kemunting? Kalau tak ditahan dalam ISA, akan terjadikah lagi peristiwa berdarah yang didakwanya itu?

Ini sudah kira dahsyat ni. Kisah Tok Mat dah jadi sangat besaq. Ana rasa mungkin Tok Mat sendiri terkezut ngan reperkasi keatas kenyataan dia di Kg Pelek tempoh hari. Ish ish ish..Sabaq lah sikit Lian Hoe. Jangan lah dok menaikkan lagi sentimen perkauman ssampai nak berparang pulak dah ni..

Hari baik bulan baik, mailah kita duduk baik2, cakap baik2, bincang baik2 agar tak jadi pertembungan antara kaum sekali lagi. Ana rasa masih banyak cara atau saluran lagi untuk menyelesaikan masaalah ini. Tapi persoalannya, siapakah yang paling layak untuk menyejukkan keadaan yang semakin hari semakin tegang ni?

Masaalah besaq Negara Malaysia kita ni adalah sebab kita tak dak ketua yang dihormati, yang disanjungi dan yang boleh menyejukkan keadaan seperti ini. Semua big shot dalam UMNO macam diam je tak mau masuk campoq. Mungkin pasai Tok Mat tu downline Pak Lah kut. Kalau dah sampai semua ketua2 UMNO Pulau Pinang berdiri teguh belakang Tok Mat, mana lagi kredibiliti Pak Lah yang memberi arahan suruh tenangkan keadaan dan telah jadi caca merba semalam di menara UMNO Penang.

Orang No1 bagi arahan pun depa tak mau dengaq jugak, apatah lagi No2. Langsung depa tak hirau. Kalau dah tak hirau camtu, macam mana nak survive sampai 2010. Lama lagi tu. Atau takat hujung minggu ni saja ka? Apa dah jadi? Kesiaaannn....

2 comments:

Anonymous said...

Tangkap je ketua wanita gerakan2! Dia 2 dah over.Tak patut dia ambil gambar Pak Lah buat persamaan pula.

Anonymous said...

Sekadar koyak gambar dan bakar gambar tu biasala...tak lihat ke orang luar negara buat.

Peringatan kepada golongan pelampau selayaknya begitu.Jangan dikata nanti kerana tidak pernah diberi peringatan.

Lupa asal usul dan tidak mahu mengakui sejarah sendiri juga sifat melampau, lebih-lebih lagi menafikan sejarah sedia ada demi kepentingan peribadi yang sempit.