Dengaq habaq keputusan untuk menghukum Tok Mat akan di tentukan pada 10hb Sept 2008. Mesyuarat sekali lagi akan diadakan untuk mencari apakah hukuman yang sesuai yang patut dikenakan pada Tok Mat ni. Samaada dia akan jadi scapegoat ke atau memang dia sepatutnya dikenakan tindakan ke terpulanglah kepada pihak yang berkuasa parti menetukan. Walau apa pun, ini lah yang dikatakan berani buat beranilah tanggung. Dan Tok Mat nampaknya sampai kesudah tak mau berganjak dari kenyataannya kemarin. Nampak sangatlah dia ni tak reti nak jadi "yes man" pada Pak Lah.
Kalau apa2 terjadi kat Tok Mat esok sapa pulak yang nak berebut tempat dia? Ali Gemok lah kut. Dia tu lah yang nampaknya next in line. Gemok berisi...
Dengaq habaq daripada orang yang rapat ngan UMNO Bukit Bendera ni, katanya Non Cabai yang koyak gambaq Tsu Koon tu bukan ahli UMNO. Dia dah kena pecat lama dah, time DSAI dok dalam kabinet lagi. Apa kesalahan dia dulu, ana tak tau. Mungkin dulu dia koyak gambaq DSAI kut. Tapi kalau bukan ahli, yang dia dok pi ikut Tok Mat tu buat apa? Dia dok sokong Tok Mat lah tu.
Nampak gaya banyak yang dok cuba nak menampilkan diri dengan menggunakan isu ini. Depa patut berterima kaseh jugak kat Tok Mat dan Sin Chew Daily kerana depa dua ni lah pelakon utama dalam episod ini..Pas tu baru masuk Tsu Koon, Non Cabai dan yang terbaru watak Ketua Wanita Gerakan pulak yang dengan lantangnya suruh perosok Tok Mat dalam ISA.
Gerakan ni dah kira kalah teruk dah dalam PRU tempoh hari dan dia terpaksalah buat cerita2 sebegini, masuk campoq dan tunjukkan kepada penyokong dan rakyat Pulau Pinang bahawa depa masih hidup dan sihat serta masih berjuang. Terpaksa mensensasikan keadaan agar orang ingat kat depa. Cuit sana, cuit sini, latah sana latah sini... Semua ni politik. Semua ni nak tonjol diri untuk persidangan Gerakan yang akan datang.
Memang Tok Mat tak dak kuasa untuk nak suruh Gerakan belah buang dari BN, tapi Pemuda Gerakan pun dok api2 kan penyokong dia suruh keluaq BN jugak. Tok Mat cuma boh "icing" atas kek yang dah siap dibakar saja...Tak dak pulak orang keriau pasai kek, tapi depa dok keriau pasai "icing" saja.
Lebih kurang je lah depa ni. Kena tunjuk kepada orang ramai yang mereka masih exist, masih bertapak dan masih berjuang.. untuk rakyat ka atau untuk perut ka, Allah saja yang tahu.
Tapi yang best nya, nampak tak yang DAP pun sedang menari dengan irama yang sama. Sama2 melatah. Tak banyak sangat sebab depa dok gelak, keluarga dalam BN dok bergaduh sama sendiri. Biaq jelah. Tak payah nak susah2. Tunggu lingkup je. Tapi mungkin adalah support dari belakang pasai perumpamaan kata, Cincang ayaq tak putuih. Blood is thicker than water. Pi mai pi mai tang tu lah jugak. Akhirnya Yaaaammmmm Seeeennngggg....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment