Tuesday, September 9, 2008

MENGADAP

Dengaq habaq Tok Mat nak kena mengadap lah hari ni, untuk menjelaskan secara terperinci apa cerita yang telah jadi dan sebagainya. Tapi Tok Mat ni bukan kecik anak. Sahih dia boleh kelepiaq punya lah.

Cuma kita berharap, UMNO takkan gunakan kes ni sebagai tauladan nak menunjuk kat bangsa lain yang dia amat prihatin ngan perasaan orang lain, maka masa tu Tok Mat nanti kena naya je lah.

La nie nampak gaya seluroh rakyat yang berketurunan Cina nak dia minta maaf, Kit Siang dan anak lebih kejam lagi sebab depa mau tindakan diambil terhadap Tok Mat. MCA pun serupa. Gerakan apatah lagi.

Apa pun kita tak buat masa budak Cina tu mempersendakan Islam dan Melayu dalam lagu Negaraku dia tu dulu. Pakat bergelak lagi adalah. La nie depa demand macam2. Betui2 macam gangster punya perangai.



Tak pa lah depa nak kata apa pun...Harap Pak Lah jangan kerana nak jaga hati depa, takut orang marah kat dia..tup tup lupa pulak. Orang memang dah marah kat dia dan orang memang dah tak sabaq ngan dia, cuma dia saja yang dok cuba nak tunjuk dia punya gagah la nie. Jadi harap2 janganlah jadikan Tok Mat sebagai kambing hitam pulak.

No comments: