Sunday, September 14, 2008
APA DAH JADI???
Selepas segala hu ha sana hu ha sini, nampak gaya kerajaan ambik keputusan buat sesuatu yang menggemparkan. Buat bagi orang seriau. Buat bagi bloggers panik sikit. Bagi rakyat takut nak menyuarakan isi hati. Silap2 masuk ISA. Adus...
Nampaknya kita semua ni masih kurang matang dalam pemikiran kita. Tak gentleman orang kata. Takboleh sebut tu dan ini. Tapi daripada apa yang ana tengok, rakyat jelata ni ok je. Yang dok buat huru hara ni adalah pemimpin kita. Tak kira bangsa. Nak kira bangsa apa lagi kalau kita ni dah bangsa Malaysia semuanya. Ana kata camni disebabkan kita ni bernaung dibawah satu bendera saja. Bendera atau jalur gemilang namanya. Bendera yang mirip Amerika kata setengah orang. Kalu pemimpin ni semua rata2 sikap gentleman, sikap tolak ansur, sikap yang tak mau Malaysia jadi huru hara, maka tak yah lah nak besarkan kepincangan orang lain. Bawak berbincang secara tertutup ka, sesama sendiri ka, atau macam2 lagi yang boleh dibuat supaya keadaan tak tegang. Tak semua benda perlu telus kalau sekiranya ia boleh memudaratkan keadaan. Tetapi nampaknya semua pemimpin kita ni macam program realiti TV lah pilak sebab cuba utuk mendapatkan populariti agar undi SMS lebih banyak dan terjaminlah kedudukan nya.
Reporter Sin Chew kena tahan sat, Teresa Kok pun kena, RPK lagi lah kena tapi Tok Mat tak dengaq habaq langsung. Orang yanh siap nak buat road show untuk menerangkan pendiriannya, langsung tersentot angkuh dia tu. Depa tangkap dia jugak ke? Tak dengaq habaq la pulak. Tapi gang2 Cina dok tanya pasai apa yang cakap tak kena tapi yang melapur pulak kena? Syed Hamid kata depa tangkap reporter tu sebab ada threat nak bunuh dia? ISA ni untuk melindung orang atau melindungi negara? Syed Hanid ni tau ke apa yang dia cakap ni? Depa ni semua dok buat kerja ka atau semua dok nga nga..
Bila Dr Farish tulis dalam artikel dia bahawasanya ada diplomat Eropah bertanya beliau samaada terdapat lembaga atau orang perseorangan yang mentadbir negara ini dan samaada Pak Lah tahu menahu tentang apa yang terjadi dalam negara Malaysia ini, maka ini membuatkan kita tersandaq dan pikiaq sat samaada kenyataan orang luaq ni ada kebenarannya? Baca artikel Dr Farish.
Hari ni pulak semua parti pembangkang dan juga parti komponen BN mempersoalkan tentang
penggunaan ISA terhadap rakyat Malaysia sekarang, khususnya tentang RPK, Teresa dan wartawan Sin Chew. Bukan takat tu saja, hero perundangan Zaid Ibrahim pun mempersoalkannya...Sanggup letak jawatan untuk menegakkan kenyataan nya itu...Tapi masa loyar2 buat majlis dan sembang pasai ugama Islam, langsung tak bersuara dia ni...Zaid ni bukan rakyat pilih untuk naik ke tempat dia dok lanie, melainkan Pak Lah sendiri yang pilih. Gigit Tuan nampak? Hahaha..Politik..Interesting. Menarik.
Kata Zaid, "Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan.
"Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah.
"Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.
"Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan," kata beliau, yang juga menteri tanpa kawasan Parlimen itu.
Hahaha..tudia baru ada akai. Pak Lah oi Pak Lah. Nampak sangat lah, yang ente tak reti nak handle lah benda camni semua. Muhiyiddin kata tu betui jugak. Nak tunggu 2010 tu agak lama. Elok belah buang la nie..Senang buat episod baru...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Apa2 pun, ada benda aku x setuju dengan hang kali ni.
ISA patut digunakan pada Teressa dan RPK.
Ini Malaysia. Negara berbilang bangsa. Bila ada benda yang boleh sentuh isu-isu mcm ni, apa nak takut, guna la. Kejam ka, tak kejam ka, depa yang dok cari pasai.
Bukan kacau rakyat macam kita pun.
Betoi,aku sangat setuju ISA kena pertahankan,itu sangat penting,mungkin Khalifah maI DARI sONGKLA yg negara tak dak ISA,Khalifah mana tau,hang ni posa ka khalifah,aku dok tengok dok ngap saja tu
ISa ke atas teressa ada baiknya gak. kalau camni kegunaan ISA, br nampak ok, tp dr segi perundangan Islam, kita perlu dgr hujah depa gak, baru adil. sbb tu ISA takleh dgunakan dlm Islam..walaupun para zaman khalifah dulu., ada gak undeng2 yg serupa ISA digunakan...spt hukuman bunuh kpd sahabat2 dan keturuan Saidina Alin tanpa usul/periksa.
Post a Comment