Friday, May 30, 2008

EZAM

Ana terima satu email baru tadi dari Tom Sawyer...Beginilah bunyinya:

Ezam Masuk Umno

Kata Pak Lah, Ezam masuk Umno macam orang biasa, tak ada special treatment apa-apa. Habis tu kenapa dia punya penyerahan borang keahlian Umno boleh dibuat di Parlimen dan mendapat liputan meluas dari media-media? Saya masuk Umno hari tu pun submit kat Cawangan aja dan lepas tu tak tahu diterima atau tidak, sampai sekarang dah beberapa tahun tak tahu statusnya. Apa pun, saya nak isytihar yang saya tak mahu ada kena-mengena dengan Umno sekarang. Piiiiraaahhhh..

Ezam kata, dia masuk Umno bukan jadi spy PR. Offcourse lah.. takkan lah Pemimpin Umno sekarang bangang sangat, walaupun pada hakikatnya mereka bongok!!!! Kalau Khairy dah tak popular dan kalau Khairy bertanding Ketua Pemuda, kemungkinan ramai orang tak sokong melainkan kalau dipaksa... maka mereka mesti mencari seseorang yang boleh dijadikan "proxy" yang boleh di"control" oleh mereka. Siapa lagi yang boleh lawan Mukhriz? Khir Toyo nak beri laluan pada Mukhriz...

Kan sekarang tiba-tiba pulak Si Ezam buat "statement" yang kalau dia dicalonkan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda, dia sanggup... you can see all these coming out one by one ...... lain-lain sebab Ezam masuk semula Umno, hanya Nujum Pak Belalang yang tahu....

Memang Tom Sawyer ada point kat situ. Bukan kah perkara sebegini dah jadi semacam normal di Malaysia ini? Takkan rakyat tak nampak hala tuju Ezam selepas dia keluar dari PKR?

HarakahDaily ada melaporkan yang Ezam datang berjumpa dengan Ketua Pengarangnya 2/3 minggu sebelum PRU yang lalu dan minta diberikan butiran butiran tentang rasuah pemimpin tempatan dan yang dinginkan sangat oleh beliau adalah cerita rasuah Khir Toyo. Walau bagaimanapun, Sayuti tak bagi maklumat yang dipinta kerana kurang yakin dengan tindakan Ezam ini. Dia menyangka ada udang di sebalik mee.

Begitu jugak dengan dakwaan pemimpin PKR yang menyatakan bahawa akaun Ezam bertambah setelah diberi saguhati oleh anak menantu PM untuk menjatuhkan terus Khir.

Walau apa pun yang terjadi, senario sebegini bukan lah asing bagi kita semua. Begini lah politik Malaysia. Beginilah yang dikatakan pemimpin yang memegang teguh kepada prinsip mereka. Ini lah seorang makhluk yang meninggalkan UMNO kerana Bossnya di kenakan tindakan, bersama sama ngan bossnya, bini boss dan anak boss dan setiausaha sulit boss menubuhkan aprti lain untuk menentang kezaliman UMNO masa itu. Ini lah juga makhluk yang menghentam TDM, Pak Lah dan siapa saja didalam UMNO dimasa tu untuk menegakkan prinsipnya, masuk ISA untuk menegakkan prinsipnya. Sanggup apa saja.

Tetapi apabila tidak mendapat jawatan yang diidamkan dalam parti Keadilan, terus merajuk dan meninggalkan parti dan bersumpah berkali kali yang dia tak akan kembali lagi kepada UMNO. Kuasa jugaklah penentu segalanya. Kuasa jugak yang diinginkanya. Apakah yang dijanjikan kepadanya?

Ezam S/Usaha Politik DSAI suatu masa dulu,nampak Pak Lah telah membuat pembaharuan dalam UMNO. TDM yang menerajui UMNO selam lebih dari 2 dekad atk nampak langsung kekuatan Pak Lah.

TDM keluaq UMNO. Ezam masuk UMNO. Najib kata dia banyak maklumat. Ada orang kata dia Spy untuk DSAI. Ada orang kata dia gila kuasa. Azmin kata dia tak dak prinsip perjuangan. Orang dalam UMNO sendiri kata depa tak boleh nak percaya ngan mamat ni sebab dia ni memba ngan Khairy.

Biaq lah apa pun terjadi...Kemungkinan besar tindakan menerima Ezam ke dalam UMNO satu tamparan kepada parti lamanya PKR walaupun Azmin menyatakan tak guna ada pemimpin yang tak konsisten ngan perjuangan nya.

Ana cuma nak tengok satu sahaja. Sekiranya sampai masa DSAI nak bertanding pilihanraya kecik ka besaq ka, boh lah Ezam untuk mewakili UMNO menentang PKR...Mesti best punya fight.....

Saturday, May 24, 2008

MEDIA

Dengaq habaq banyak cerita keluaq pasai ada kapal air asia ada masaalah bila landing dan banyak orang dok hantaq email merata kata TV dan mainstream media tak masukkan dlm berita depa.

Ana dengaq baru baru ni masa F1, bila Pak lah pi, ramai orang boo dia...Tak pun masuk dalam mainstream media? Serupa lah tu....

JERLUN

Dengaq habaq Pemuda Jerlun setuju saranan Ahli Parlimen mereka agar pucuk pimpinan segera membuat peralihan kuasa. Zulkefri Awang , Ketua Pemuda menyokong penuh dengan tindakan Mukhriz dan menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang minta agar Mukhriz di kenakan tindakan tatatertib kerana mengeluarkan saranan itu sebagai membunuh demokrasi di dalam parti. Kalau dah kebebasan bersuara disekat, mana demokrasi lagi, katanya.

Di Malaysia ni memang terkenal dengan kebebasan bersuara, cuma anda tak akan bebas lagi selepas bersuara.

Friday, May 23, 2008

TDM

Dengaq habaq masih terdengaq pertikaian orang pasai TDM letak jawatan, pasai anak2 dia dah kaya dan sebagainya lah. Kisah anak menantu Pak Lah kaya raya pun dah tak larat dengaq. Terlampau banyak sangat.

Yang membuatkan ana heran ni pasai orang ramai dalam dunia siber yang dok hentam TDM tak henti henti. Depa dok maki sana, dok maki sini pasai orang tua tu. 22 tahun dia jadi PM tak dak ke benda elok yang dia buat? Tak dak ka pembangunan yang dia buat? Kebuluran kah rakyat masa tu? Tenggelam kah nama Malaysia di dunia ni? Benci kah negeri2 lain pada Malaysia?

Pada ana lah, negara yang tak suka TDM ni adalah negara yang dia tegoq. Tu pun dia bukan saja saja tegoq. Ada pasai lah dia tegoq. Depa ni lah kebanyakkan nya yang tak suka, meluat dan benci kat dia.

Ana ingat lagi satu kenyataan DSAI dulu semasa dia masih blue eye boy TDM, dia pernah kata, kalau depa pi conference apa2 ka, ramai negara ketiga nanti approach Malaysia suruh jadi tukang cakap untuk isu isu yang negara tu sendiri tak berani keluarkan. Takut kena sanction dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa orang hormat Malaysia masa TDM jadi PM. Adalah kebaikan dia.

Jahat dia tu ana tak tau lah banyak mana dia affect rakyat jelata. Tapi kekadang dalam politik ni, inilah salah satu cara untuk kehadapan.

Senag cakap macamni lah. Bila kita pakai kain pelikat, kita tak leh nak tutup sepenohnya badan kita. Tutup belah bawah sampai kaki, dada ngan kepala nampak jugak. Tutup kat ataih, bawah ternganga. Moralnya, tak leh nak bagi semua orang gembira.

pssttt... Mulai hari ni ana pun keluaq dari UMNO...nak ikut mentor dan jugak doktor yang sunatkan ana dulu...hahahahaha.

Wednesday, May 21, 2008

AZMIN

Dengaq habaq Azmin Ali buat kenyataan supaya ahli UMNO jangan ikut cakap TDM meminta PM letak jawatan. Katanya lagi biaq PM buat kerja dia dan memulihkan kembali apa yang sakit dalam parti.

Heran jugak bila dia sebagai seorang pembangkang dalam Parlimen bercakap begitu. Mungkin betullah teori orang mengatakan PKR tak mau Pak Lah letak jawatan sebab dengan adanya Pak Lah kat situ, perancangan mereka untuk ambik alih kerajaaan lebih senang. Kalu tidak buat apa depa dok defend Pak Lah?

Tuesday, May 20, 2008

LUNCAI

Dengaq habaq Luncai semalam beriya iya sangat nak ajak memba memba dia keluaq UMNO ikut Tun. Apa dah jadi? Tak dengaq habaq pun? Atau sudah kecut? Mungkin te**q dah masuk dalam perut.

Kalau setakat sembang saja tak guna..Tunjuk lah keberanian. Mana dia semangat yang berkobar nak tunjuk kat Jo pu****k?

Sembang tinggai sembang lah jugak. Kedai kopi kat Tanah Merah tu je lah yang jadi saksi..Politik kampung.

WAKIL KEDAH

Dengaq habaq Tun ada membuat kenyataan semalam di Aloq Setaq yang berbunyi lebih kurang begini...

"BN hilang Penang, Perak, Selangor, Kelantan tapi depa ni semua ada wakil dalam kabinet, Kedah camana?"

Jo ada! Bukan kah dia mewakili Kedah. Timbalan pun apa nak buat. Depa kata dia jadi opis boy pun biaq pi lah.

Bunyi kenyataan atau lebih pada persoalan ini seakan akan bunyi dari Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu. Depa ni menang besaq pun tak dapat apa Tun. Patut lah depa hangat ati. Orang yang tak bertanding yang Pak Lah pilih. Dahsyat sangat ka depa ni. Sampai tak perlu bertanding untuk menjawat jawatan Menteri. Orang yang besa kena tangkap bawa wang tunai kat Australia pun dah jadi Menteri...

Tak salah kalau Anifah Aman dan Ghaffur merajuk...Ana sokong...

IKUT?

Dengaq habaq UMNO Merbuk bercadang nak ikut TDM. Sampai hati kah depa? Berani ka?

Dengaq habaq Karpal seperti biasalah akan ada saja komennya bila TDM buat sesuatu Benci sungguh benggali ni kat TDM. Yang terbaru dia kata TDM ni lemah apabila keluaq dari UMNO. TDM sepatutnya berdiri teguh dibelakang parti yang pernah diterajuinya selama 22 tahun. TDM juga katanya takut akan siasatan yang akan dijalankan lanjutan kes video Lingam.

Karpal juga menambah bahawa tindakan TDM tu membayangkan bahawa dia memang bersalah didalam kes Lingam ini.

Ana rasa TDM ni langsung tak dak kebaikan lah dari sudut pandangan Karpal.

Monday, May 19, 2008

SAYONARA UMNO...

Dengaq habaq Nik Aziz adalah antara orang yang paling gembira bila TDM keluar UMNO. Dia menyifatkan TDM sebagai seorang yang terkenal di medan antarabangsa dan tajam pemikirannya. Dan sekiranya TDM nak masuk PAS, dia menyifatkan bahawa PAS menumpang tuah.

Pak Lah pun kata dia terkejut dengan tindakan TDM dan masih menegaskan yang dia takkan letak jawatan. Beliau berkata yang beliau masih banyak kerja yang nak dilakukan.

Apakah relevannya tindakan TDM ini? Mengapakah dia sanggup sehingga ke tahap meninggalkan parti yang amat disayanginya dan pernah menerajuinya selama lebih dari dua dekad. Adakah tindakan ini lebih kepada peribadi atau ada agenda lain disebalik tindakan yang amat drastik ini? Mengiku lapuran beliau membuat keputusan selepas dicabar. Katanya kalau nak naik Everest dia tak mampu, nak belayar pusing dunia seorang diri lagi lah tak mampu, tapi nak keluar parti senang saja.

Beliau ada jugak mengajak yang lain mengikut jejak langkah nya tetapi menghalang mereka yang keluar parti dari menganggotai parti lain. Tunggu sehingga Pak Lah turun, masuk balik dalam UMNO.

Sanusi dah ikut. Malah dia lebih awal dari TDM bertindak keluar dari parti. Cawangan di Johor pun dah sibuk dok bincang nak ikut.

Tak mungkin penyokong penyokong TDM dalam UMNO yang akan menyusul tindakan ini. Ini adalah kebanyakkannya berselindung dan tidak menonjolkan sokongan mereka. Cari makan beb. Kemungkinan penyokong yang tua boleh ikut.

Apakah tindakan Mukhriz lepas ini? Nak ikut jejak bapa ke? Kalau keluar kemana kah hala tuju? Daripada lapuran yang terdapat dalam dunia siber ini, Mukhriz nak tunggu dan lihat.

Pak Lah pun dah gagap bila memberi kenyataan dalam berita TV tadi. Si Luncai dari Jitra jugak minta agar ahli UMNO Jitra keluar beramai ramai sebab UMNO di Jitra pun dah macam hidup segan mati tak mau. ‘Biaq padan muka Jo kepala besaq’, katanya.

Kalau ada ahli Parlimen yang teringin ikut TDM...apa jadi kat kerajaan? Al -Jub mesti senyum meleret.

Luncai baru SMS bagi tau dia dah dok ajak memba Jitra keluaq UMNO...aduh..Luncai oh Luncai..Nakai lah hang ni..

Sunday, May 18, 2008

PUNCH

Dengaq habaq Datuk Punch Gunalan, bekas pemain badminton tersohor suatu masa dulu telah ditendang keluar dari jawatannya sekarang iaitu, Timbalan Presiden BWF(Badminton World Federation) apabila undi tidak percaya telah dilancarkan terhadapnya di Jakarta semalam.

Yang bestnya, undi tak percaya ini telah di cadangkan oleh Persatuan Badminton Mongolia. Nampak gaya hubungan kita ngan Mongolia ni dah semakin tak elok berhubung kes Altantuya. Undi tak percaya dilancarkan oleh kerana Punch telah buat satu perjumpaan sulit dengan ahli gabungan BWF lain untuk mengeluarkan Presiden BWF sedikit masa dulu.

Politik oh politik

LAPURAN LINGAM

Dengaq habaq Mahfuz kata pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung klip video Lingam itu ada isu disebaliknya. Walaupun kabinet masih belum buat keputusan samaada nak didedahkan kepada umum, akhbar dah pun melaporkan. Kumpulan akhbar tu pula memang ada hubung kait dangan UMNO. Plot cerita ini semakin "interesting". Boleh buat wayang ni..

Yang nampak sangat adalah, ini adalah 'peluru' yang kuat untuk menghentam TDM dan juga proksi nya Najib. Ana pikiaq pi pikiaq mai, kebenaran dan lojik ada di sebalik kenyataan Mahfuz ini.Pendedahan ini secara tak langsung dapat menghentam gang UMNO yang masih kuat menyokong TDM dan memperkukuhkan lagi kepimpinan UMNO yang dah goyah itu.

Inilah yang dinamakan politik.Amat menarik.

Source cerita ni dari sini.

TDM

Dengaq habaq TDM nak sangat sangat sekiranya di panggil untuk membela diri apabila lanjutan kes Lingam ni akan dibawa ke tengah lagi. Katanya, dia akan menceritakan dari pandangan beliau sendir bahawa semua orang melobi untuk jawatan bukan sahaja Hakim, bermacam macam lagi.

Dengaq habaq TDM juga kata dia tak tau yang melobi tu salah...Sapa pun yang melobi, keputusan akhir adalah di tangan PM semasa. Masa tu apa yang PM rekomen, Agong pasti tanda tangan. Cuma PM sekarang punya rekomen sikit tadak boleh pakai. Kalau rekomen Pak Lah laku, Deris Jusoh ngan Shahidan jadi MB dah!!

DAKWAT OH DAKWAT

Dengaq habaq kisah dakwat hitam di mintak oleh PM supaya dihabiskan cerita oleh pihak pihak yang tertentu. Pack Lah sekali lagi menafikan kenyataan Pengerusi SPR yang menyatakan Kabinet memberi kata putus agar dakwat itu tidak digunakan oleh SPR dalam PRU yang lalu.

Dua dua kepala nampaknya kelepiaq, tak mau tanggung jawab. Sorang kata dia, sorang lagi kata bukan. Walau apa pun, duit yang digunakan untuk membeli dakwat itu adalah duit rakyat. Bukannya sikit, jutaan ringgit harga nya. Dengan beras dok naik harga ni, suruh depa makan lah dakwat tu. Tak pun buat kopi macam cerita Nujum Pak Belalang.

Senang senang je depa buang duit rakyat. Kita yang kerja siang malam, bayaq cukai, depa beli dakwat, simpan dalam store. Sikit hari kering pi macam tu jelah dakwat tu. Hahahaha.

Wednesday, May 14, 2008

ANIFAH AMAN

Dengaq habaq Malaysia Today melaporkan bahawa Anifah Aman telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya merampas kuasa dari BN. Tawaran ini telah dibuat selepas Anifah menolak perlantikan nya sebagai Timbalan Menteri. Beliau merasakan jawatan sebagai Menteri Penuh sepatutnya menjadi miliknya. Kemeterian Pembangunan Luar Bandar lah yang diidamkan. Beliau juga tidak dapat menerima hakikat perlantikan Mike Tyson sebagai menteri walhal Mike langsung tidak bertanding dan untuk memburukkan keadaan Selangor diwakili oleh 4 menteri didalam kabinet sedangkan negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.

Anifah dan Ghapur mempunyai pengaruh yang kuat di Sabah. Kedua duanya tidak berpuas hati dan menolak perlantikan kabinet.

Dilapurkan juga bahawa Anifah masih was was untuk melompat dan masih tunggu dan lihat. Sekiranya permintaan Sabah masih tidak di layan menjelang September ini, maka mimpi ngeri Pak Lah mungkin menjadi kenyataan.

UGUTAN

Dengaq habaq Ahli Parlimen dari Sabah ni betui betui dah genggam teloq Pak Lah apabila depa semua dok mintak dilebihkan Menteri dalam Kabinet dari kalangan rakyat Negeri Sabah dan Sarawak. Yong Teck Lee siap memberi tarikh September untuk Pak Lah menyelesaikan permintaan mereka atau sesuatu yang di luar jangkaan akan berlaku.

Terasa kasihan pulak pada pucuk pimpinan apabila isu isu ni dibangkitkan. Nampak sangatlah bahawa kedudukannya macam telor dihujung tanduk. Bila bila masa sahaja boleh pecah. Suasana kerja mestilah tension sekali apabila sentiasa diugut sebegini. Ana percaya BN ada sesuatu yang boleh dilakukan supaya tidak dimalukan oleh PR.

Sunday, May 11, 2008

JELUTONG/ SG PINANG

Dengaq habaq 50 orang dari Jelutong dan 160 orang dari Sg Pinang dah masuk PAS baru baru ni. Alhamdulillah depa dah jumpa hala tuju.

Ketua Bahagian UMNO Jelutong(Penaja) Razak dok buat apa? Habis pakat lari pi kat PAS. Sibuk gamaknya, kerja di TNB lagi, kerja di luaq lagi, projek sana sini lagi...kaya kaya kaya.

Daripada seorang budak pejabat naik ke penjaga store dan akhirnya naik menjadi seorang kerani.

Ana rasa Razak ni eloklah letak jawatan dari TNB tu dan fokuskan sepenoh masa untuk perjuangan UMNO. Bagilah peluang kepada satu insan lain yang akan menggantikan tempat dia dalam TNB nanti. Dengaq habaq dalam TNB pun bukannya ada selalu kat meja dia...

BRAHIM ALI

Dengaq habaq isu kisah Orang Kurang Upaya ni telah dimainkan dengan efektif sekali oleh pihak pihak yang tertentu. Tetapi yang syoknya, kedua belah pihak adalah dari pakatan yang sama. Maksud ana, kedua duanya adalah di luar Kerajaan. Depa dok minta Ibrahim Ali minta maaf kat Karpal Singh sebab Ibrahim Ali suruh dia berdiri bila bercakap didalam Dewan, walhal Karpal memang cedera dan terpaksa guna kerusi roda selepas teksi yang di naikinya dulu terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.

Datin Seri Dr Wan Azizah, Lim Lip Eng, Loh Gwo Burne, Gobind Singh Deo dan ramai lagi telah membawa sekumpulan OKU ke Parlimen memprotes diatas kenyataan Ibrahim Ali itu.

Tapi Ibrahim Ali tetap dengan keputusannya tidak mahu meminta maaf kepada Karpal dan menyatakan kepada kumpulan OKU bahawa masaalahnya hanaylah dengan Karpal dan tidak ada sangkut langsung dengan OKU. Dia juga menyifatkan bahawa kumpulan OKU itu telah dipergunakan oleh pihak yang tertentu untuk kepentingan plitik mereka.

Ana setuju habis ngan Ibrahim Ali dalam isu ini. Tak dak kerja lain ka depa ni, asyik membesarkan isu isu yang kecik camtu?

KETUANAN MELAYU

Dengaq habaq Ong Tee Keat tak mau dengaq lagi perkataan Ketuanan Melayu dilaungkan oleh sesiapa saja. Katanya lagi, perkataan itu melambangkan yang bangsa Melayu itu adalah Tuan kepada bangsa bangsa lain didalam Malaysia ini, walhal selama ini semua bangsa telah hidup bersama sama tanpa ada Tuan dan Hamba.

Ketuanan Melayu ni setakat dok laung sajalah. Bila mai ekonomi negara, sapa yang jadi Tuan? Depa cuti Raya, semua kerja kerja terpaksa stop sama. Kerja kerja kontrak langsung tak leh jalan. Itulah menunjukkan kekuatan depa...

Orang Melayu dok bising sana sini nak DEB dikekalkan dan sebagainya, bangsa asing dok tunggu saja. Sapa dapat kontrak pun akan datang juga membeli peralatan yang di monopoli oleh mereka. Talak lugi punyaa...

SITI FATIMAH TAN

Dengaq habaq Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, telah dibenarkan menjadi kafir semula selepas Hakim Mahkamah Syariah, Othman Ibrahim, memberi keputusannya.

Kes sebegini merupakan kes yang pertama di Malaysia dimana seorang Muslim yang masih hidup diberi kebenaran untuk meninggalkan agama Islam.

Mengikut bukti bukti yang dibentangkan, Tan Ean Huang, seorang peniaga dari Nibong Tebal memeluk agama Islam atas dasar ingin berkahwin dengan seorang warga Iran, Ferdoun Ashanian, pada tahun 1999. Ferdoun pulak langsung tak pernah membimbing Tan untuk menjadi seorang muslimin yang baik dan Tan pulak tak pernah meninggalkan kebiasaan nya menyembah berhala Tua Pek Kong, Kuan Yin dan Thi Kong. Atas dasar ni lah maka Hakim membenarkannya kembali ke agama asal.

Maka, Ong Ka Ting, Lim Guan Eng, Dr Wan Azizah dan Pengurus Program Sisters In Islam Norhayati Kaprawi pun bersetujulah sangat dengan keputusan tu. Ong Ka Ting menyifatkan keputusan ini sebagai bersejarah dan berharap sesiapa lagi yang mempunyai masaalah yang sama supaya tampil kehadapan dan dapatkan penyelesaian dengan segera.

Mengikut Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian hal ehwal agama, tiada undang undang di peringkat federal untuk menghalang seseorang untuk menukar agamanya.

Nasharuddin Mat Isa, PAS, menyatakan bahawa meninggalkan agama Islam adalah dilarang sama sekali kecuali seseorang itu dipaksa memeluk Islam.

Selepas mendapat keputusan tersebut Tan terus ke tokong berdekatan untuk bersyukur.

Siapa salah? Tan kah? Suaminya kah? Atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang? Dah terlambat untuk menuding jari. Kalau dah individu itu sendiri tidak mendalami ajaran agama, tidak dibimbing dengan sempurna dan memeluk agama hanya untuk berkahwin dan berseronok diranjang, ana setuju sangat dengan keputusan hakim itu. Kerana individu sebeginilah yang menjatuhkan imej Islam di mata bangsa asing yang berlainan agama.

BEREBUT NAMA

Dengaq habaq nama Allah akan dibicarakan tentang status penggunaan nya oleh penganut agama Kristian yang ingin sangat menggunakan nama itu dalam akhbar mingguan mereka The Herald Tribune.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia pulak mengeluarkan kenyataan agar The Herald menggunakan nama lain agar dapat memperkayakan istilah dalam perbendaharaan Bahasa Melayu. Ini adalah cara yang sopan untuk menghalang penggunaan perkataan tersebut.

Walau bagaimanapun ana ada terbaca sesuatu yang memperkatakan tentang subjek ini. Sila layari sini
Pandangan seorang kristian lah katakan...kristian indon.