Sunday, November 2, 2008

KALAU KALAH....?

Nampak gaya Najib dah menang tanpa bertanding. Jawatan Presiden memang hak dia dah. Cuma nak "tabal" saja lah, tanggal Mac 2009. Tak dak perebutan langsung. Tak dak "fight" lah senang cakap. Yang menawar diri untuk bertanding pun nampaknya hanya "rumah" dia saja yang calonkan.

Timbalan Presiden yang leading la nie Muhyiddin Yassin lah(78). Ali Rustam(32) mengikut di belakang dan masih kekurangan 7 pencalonan untuk melayakkan diri bertanding. Mike Tyson (29). Shahrir Samad (1). masih ada kurang lebih 50 bahagian lagi yang akan bermesyuarat. Masih ada peluang lagi buat Ali ngan Mike, mungkin kena tabur beras ke apa ke untuk dapatkan undi.

Naib Presiden nampak gaya setakat ni 6 orang dah layak. Hishammudin(114), Zahid Hamidi(81), Shafie Apdal(60), Khalid Nordin(59), Syed Hamid Albar(24) dan Isa Samad(21).
3 calon lagi nampaknya masih ada peluang untuk layak ialah JJ(18), Rais Yatim(16) dan Rahim Thamby Chik(10). Yang lain nampaknya berat sikit kut. Tapi tak tau nak katalah kan! Apa saja boleh jadi dalam politik ni.

Pemuda UMNO pulak memang ketiga2 calon yang menawarkan diri layak dengan didahului oleh Mukhriz, Khir Toyo dan Khairy. Ana nak berbicara sikit tentang Pemuda ni, bukan pasai apa, tapi inilah bakal2 pemimpin negara masa depan.

Ketiga2 calon ini mempunyai penyokong masing2, integriti masing2, personaliti yang berbeza dan kelebihan yang berlainan. Apa akan jadi kepada 2 calun yang akan kalah nanti? Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa undian kedua tertinggi akan otomatik jadi Timbalan Ketua. Tiada peruntukkan juga yang menyatakan bahawa yang kurang dari no.2 akan dilantik menjadi setiausaha ka apa ka..

Tiap calun Ketua Pemuda ni nampak sama rata saja sokongan dari Bahagian. Tak banyak bezanya. Mengikut statistik setakat ni, 177 bahagian Pemuda dah buat mesyuarat. 40% Mukhriz sapu. K Toyo 32% dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO yang menang tanpa bertanding dahulu mengekori dengan 28%.

Sepatutnya, Timbalan Ketua Pemuda ni senang mendapat pencalonan. Tapi kenapa kah nampak susah untuk dia di calonkan? Oh ya...Pak Mertua dia dah nak pencen. Jadi orang tengok dia macam hilang taring lah kut. Adakah pemilihan dia dulu ada perkiraan? Ada udang di sebalik mee? Atau adakah memang budaya Pemuda UMNO yang suka mengampu Pak Lah. Bila orang tua tu dah nak belah, semua baru berani nak tunjuk garang. Budaya camni kena tukaqlah. Kalau selagi ada budaya sebegini, maka tak dak peluanglah untuk makhluk yang benar2 berjiwa pemimpin untuk memimpin Negara tercinta kita ni.

Mukhriz - Pada pandangan ana yang rabun ni, layman talk lah, dia ni budak baik. Lemah lembut. Hormat orang tua dan tak melawan ibu bapak. Pasai tu lah nampak gaya dia akan ikut camana strategi bapak dia. Adakah bapak dia yang mencorakkan perjalanan politik dia? Kalau betui, memang dia mendapat seorang coach atau jurulatih yang berwibawa dan berpengalaman. Tetapi, coach ni setakat diluar padang je lah dia boleh bagi arahan, bila dalam padang kena guna otak dan skill yang tersendiri lah untuk menangkis serangan dan melancarkan serangan. Adakah disebabkan terlalu bergantung pada coach nya maka dia tak mau berdebat secara terbuka?

K Toyo - Bekas Menteri Besar Selangor dan jugak doktor gigi. Berani bersuara dan berani untuk menyatakan pandangan tanpa memikirkan implikasi nya di belakang hari. Mana ada pembesar Negeri yang berani memberi anugerah penyapu kepada pegawai2 mereka? Adat Melayu ni, bila sebut penyapu ni kira teramat hina lah. Tetapi K Toyo tak kisah. Dia berani menghadapinya. Sampai kalah Selangor kat pembangkang. Penyapu punya pasailah tu. Menjatuhkan air muka seseorang di khalayak ramai amatlah menjijikkan. Mungkin kalau dia menang Ketua Pemuda ada anugerah penyapu emas mungkin...

Khairy - Menantu Perdana Menteri. Bila dia nak bertanding Timbalan Ketua Pemuda dulu, orang lain katanya diarah untuk tidak menentangnya. Bagi dia menang. Bagi dia buat duit. Sewenang wenangnya. Boleh ambik loan berjuta2 untuk beli saham dan jual saham walaupun baru beberapa hari bekerja. Sakan, keistimewaan yang diberikan kepada KJ. Pasai semua nak jilat dia supaya dapat sesuatu dari dia dan pak mertua dia. Busuk sungguh ahli2 UMNO ni. Bila dah mai camni, baru nampak sapa yang sokong dan siapa yang menyombong. Tapi jangan lupa, KJ ni seorang anak muda yang berani, bijak dan berwawasan. Kalau dia boleh duduk di kedudukan dia sekarang walau denganapa cara sekali pun maka ini menunjukkan lah betapa berwawasan nya dia.

Ana nampak satu saja. Bila dua yang kalah ni terpinggir, maka banyak lah cerita yang akan keluar. Cerita yang baik dan kurang menyenangkan. Panas jugak kerusi yang akan diduduki oleh Ketua tu nanti. Kalau Mukhriz menang, 60% undi dia kalah. Ya ini K Toyo campoq nagan KJ, maka jumlah pengundi yang tak sokong Mukhriz adalah 60%. Begitu juga kalau K Toyo menang, dia akan kehilangan undi yang lebih kurang banyaknya dan seterusnya. Bukan kah susah hidup Ketua kalau ahli sendiri tak setuju ngan Ketua?

Bakal Ketua Pemuda yang baru ini hendaklah memberanikan diri melantik calun yang kalah untuk memegang sesuatu jawatan dalam Pemuda agar setiap keputusan yang akan dicapai nanti adalah keputusan bersama. Inilah saja caranya untuk mengelak perpecahan. Tetapi terpikiaq jugak ana, sanggup kah KJ memegang jawatan yang jauh lebih rendah sekiranya dia kalah dan dilantik oleh Ketua yang baru untuk menerajui sesuatu bahagian dalam Pemuda? Sanggup kah? setiap calun yang kalah, kalau bertekad untuk berjuang demi bangsa , agama dan negara hendaklah membuangkan jauh2 kekalahan itu dan bekerjasama untuk memantapkan lagi pergerakkan itu. Boleh ke?

1 comment:

mangkuk said...

kesian pencacai blog tak laku