Saturday, September 27, 2008

Karekter

Malas, malas, malas...Letih kalau kita dok layan dengaq senario politikus kita ni. Depa banyak sangat yang cakap tak serupa bikin. Depa banyak berjanji tapi langsung tak tunai. Kalau kira hutang, depa dah tak tau banyak mana bunga nak kena bayaq ngan rakyat.

Lepas Anwar menang dengan sombongnya di Permatang Pauh, depa bagi gelaran Prime Minister in waiting. 16hb September, tarikh keramat, tarikh untuk kita merasakan pentadbiran negara yang baru, yang lebih bermakna, yang tak korup, yang berilmiah dan segala macam kebaikan yang dijanjikan...hampeh..apa pun tak dak.

Percaturan yang dicakaq atas kertas dan atas pentas kempen sedap sungguh kita dengaq. Senang sangat rasanya. Mudah. Budak kecik pun boleh kira. Macam kita main polis sentry dulu lah, hang masuk belah dia, dia ni masuk belah aku, aku ada gang banyak pada hang dsb. Bila kita rakyat yang jahil pasai politik dan pentadbiran negara, yang jahil tentang perjalanan Parlimen, rasa senang sangat untuk Anwar masuk pintu belakang. Pelincir untuk meloloskan diri adalah 31 katak yang akan melompat. Pastu kuncu2 nya akan melantik dia menerajui kerusi no.1 Malaysia. Senangnya.

Tapi nampak gaya keinginan yang sekian lama terbuku dihati Anwar tak kesampaian. Impian untuk dinobatkan sebagai PM Malaysia masih lagi tak tercapai. Impian yang sekian lama dipendam dah dekat tapi jauh.

Ada hati dia suruh Pak Lah buka Parlimen untuk dengaq hujah dia dan untuk dia memalukan Pak Lah dalam Parlimen. Mana Pak Lah mau? Ana pun tak mau. Kalau kuasa dah ada ditangan untuk buka Parlimen supaya bersidang untuk menjatuhkan dia...tobat dia tak mau buka. Tak lah sebodoh tu atau sebaghal tu PM kita ni. Bukan kecik anak jugak nak dok tempat tu walau pun orang kata kat dia macam2. Last last dia persalah Pak Lah atas kegagalan dia untuk mengusulkan undi tak percaya dan memperkenalkan katak2...

Tak jadi 16hb..tak pa..23hb pulak dia bagi ultimatum kat Pak Lah..Hang sapa nak bagi ultimatum kat Pak Lah? La nie, dia dah tak mau bagi dateline lagi. Adakah dia malu? Adakah dia tak cukup katak? Adakah dia dah terlepas cakap? Atau adakah dia dah give up dan akan ikut prsidur normal untuk memertbatkan diri sebagai politikus No1 Malaysia...? Ana akan lebih menghormati dia kalau dia buat cara yang elok dan bukan diluar tabii politik..hehehehe. Sekurang2 nya dia berjaya memberi kita harapan, macam angan2 bila beli loteri. Best part, Anwar has all the reasons for his failure. Dan penyokong dia akan percaya bulat2 apa saja yang dikatakan oleh Brother Anwar Bin Ibrahim ni..

Dalam celah2 tu keluaq pulak cerita Adun PKR menerima sedekah daripada pompuan dari negeri Cina. Katanya dia tu sedekah, maka dia pun apa lagi, balun je lah? Astaga... orang macam ni pun hampa kat Perak pilih ka? Dia tak dan nak tuduh reporter memutaq belitkan statement dia, TV dah tunjuk footage atau clip yang mengesahkan ucapan atau kenyataan dia tu. Ancua? Amacam? Tuang Guru yang dalam pakatan kenalah tegoq sikit depa ni. Buat malu Tuan Guru je kalau bersekongkol ngan depa. "Kepala" dituduh liwat buat kali kedua, ni ahli parti yang berpangkat ADUN pulak mempertahankan perbuatan atau perlakuan seksnya dengan pompuan Cina tu sebagai sedkah yang tak boleh di lepaskan begitu sahaja.. Dahsyat.. Berani depa ni menyatakan pendirian. Untuk jadi ahli politik yang sebnaqnya is all about character. Perwatakan. Towkay dituduh main belakang, anak buah pulak main depan2. Siap buat statement lagi...Kudos...

Sunday, September 14, 2008

APA DAH JADI???


Selepas segala hu ha sana hu ha sini, nampak gaya kerajaan ambik keputusan buat sesuatu yang menggemparkan. Buat bagi orang seriau. Buat bagi bloggers panik sikit. Bagi rakyat takut nak menyuarakan isi hati. Silap2 masuk ISA. Adus...

Nampaknya kita semua ni masih kurang matang dalam pemikiran kita. Tak gentleman orang kata. Takboleh sebut tu dan ini. Tapi daripada apa yang ana tengok, rakyat jelata ni ok je. Yang dok buat huru hara ni adalah pemimpin kita. Tak kira bangsa. Nak kira bangsa apa lagi kalau kita ni dah bangsa Malaysia semuanya. Ana kata camni disebabkan kita ni bernaung dibawah satu bendera saja. Bendera atau jalur gemilang namanya. Bendera yang mirip Amerika kata setengah orang. Kalu pemimpin ni semua rata2 sikap gentleman, sikap tolak ansur, sikap yang tak mau Malaysia jadi huru hara, maka tak yah lah nak besarkan kepincangan orang lain. Bawak berbincang secara tertutup ka, sesama sendiri ka, atau macam2 lagi yang boleh dibuat supaya keadaan tak tegang. Tak semua benda perlu telus kalau sekiranya ia boleh memudaratkan keadaan. Tetapi nampaknya semua pemimpin kita ni macam program realiti TV lah pilak sebab cuba utuk mendapatkan populariti agar undi SMS lebih banyak dan terjaminlah kedudukan nya.

Reporter Sin Chew kena tahan sat, Teresa Kok pun kena, RPK lagi lah kena tapi Tok Mat tak dengaq habaq langsung. Orang yanh siap nak buat road show untuk menerangkan pendiriannya, langsung tersentot angkuh dia tu. Depa tangkap dia jugak ke? Tak dengaq habaq la pulak. Tapi gang2 Cina dok tanya pasai apa yang cakap tak kena tapi yang melapur pulak kena? Syed Hamid kata depa tangkap reporter tu sebab ada threat nak bunuh dia? ISA ni untuk melindung orang atau melindungi negara? Syed Hanid ni tau ke apa yang dia cakap ni? Depa ni semua dok buat kerja ka atau semua dok nga nga..

Bila Dr Farish tulis dalam artikel dia bahawasanya ada diplomat Eropah bertanya beliau samaada terdapat lembaga atau orang perseorangan yang mentadbir negara ini dan samaada Pak Lah tahu menahu tentang apa yang terjadi dalam negara Malaysia ini, maka ini membuatkan kita tersandaq dan pikiaq sat samaada kenyataan orang luaq ni ada kebenarannya? Baca artikel Dr Farish.

Hari ni pulak semua parti pembangkang dan juga parti komponen BN mempersoalkan tentang
penggunaan ISA terhadap rakyat Malaysia sekarang, khususnya tentang RPK, Teresa dan wartawan Sin Chew. Bukan takat tu saja, hero perundangan Zaid Ibrahim pun mempersoalkannya...Sanggup letak jawatan untuk menegakkan kenyataan nya itu...Tapi masa loyar2 buat majlis dan sembang pasai ugama Islam, langsung tak bersuara dia ni...Zaid ni bukan rakyat pilih untuk naik ke tempat dia dok lanie, melainkan Pak Lah sendiri yang pilih. Gigit Tuan nampak? Hahaha..Politik..Interesting. Menarik.

Kata Zaid, "Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan.

"Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah.

"Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.

"Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan," kata beliau, yang juga menteri tanpa kawasan Parlimen itu.

Hahaha..tudia baru ada akai. Pak Lah oi Pak Lah. Nampak sangat lah, yang ente tak reti nak handle lah benda camni semua. Muhiyiddin kata tu betui jugak. Nak tunggu 2010 tu agak lama. Elok belah buang la nie..Senang buat episod baru...

Wednesday, September 10, 2008

GERAKAN vs UMNO

Dengaq habaq keputusan untuk menghukum Tok Mat akan di tentukan pada 10hb Sept 2008. Mesyuarat sekali lagi akan diadakan untuk mencari apakah hukuman yang sesuai yang patut dikenakan pada Tok Mat ni. Samaada dia akan jadi scapegoat ke atau memang dia sepatutnya dikenakan tindakan ke terpulanglah kepada pihak yang berkuasa parti menetukan. Walau apa pun, ini lah yang dikatakan berani buat beranilah tanggung. Dan Tok Mat nampaknya sampai kesudah tak mau berganjak dari kenyataannya kemarin. Nampak sangatlah dia ni tak reti nak jadi "yes man" pada Pak Lah.

Kalau apa2 terjadi kat Tok Mat esok sapa pulak yang nak berebut tempat dia? Ali Gemok lah kut. Dia tu lah yang nampaknya next in line. Gemok berisi...

Dengaq habaq daripada orang yang rapat ngan UMNO Bukit Bendera ni, katanya Non Cabai yang koyak gambaq Tsu Koon tu bukan ahli UMNO. Dia dah kena pecat lama dah, time DSAI dok dalam kabinet lagi. Apa kesalahan dia dulu, ana tak tau. Mungkin dulu dia koyak gambaq DSAI kut. Tapi kalau bukan ahli, yang dia dok pi ikut Tok Mat tu buat apa? Dia dok sokong Tok Mat lah tu.

Nampak gaya banyak yang dok cuba nak menampilkan diri dengan menggunakan isu ini. Depa patut berterima kaseh jugak kat Tok Mat dan Sin Chew Daily kerana depa dua ni lah pelakon utama dalam episod ini..Pas tu baru masuk Tsu Koon, Non Cabai dan yang terbaru watak Ketua Wanita Gerakan pulak yang dengan lantangnya suruh perosok Tok Mat dalam ISA.

Gerakan ni dah kira kalah teruk dah dalam PRU tempoh hari dan dia terpaksalah buat cerita2 sebegini, masuk campoq dan tunjukkan kepada penyokong dan rakyat Pulau Pinang bahawa depa masih hidup dan sihat serta masih berjuang. Terpaksa mensensasikan keadaan agar orang ingat kat depa. Cuit sana, cuit sini, latah sana latah sini... Semua ni politik. Semua ni nak tonjol diri untuk persidangan Gerakan yang akan datang.

Memang Tok Mat tak dak kuasa untuk nak suruh Gerakan belah buang dari BN, tapi Pemuda Gerakan pun dok api2 kan penyokong dia suruh keluaq BN jugak. Tok Mat cuma boh "icing" atas kek yang dah siap dibakar saja...Tak dak pulak orang keriau pasai kek, tapi depa dok keriau pasai "icing" saja.

Lebih kurang je lah depa ni. Kena tunjuk kepada orang ramai yang mereka masih exist, masih bertapak dan masih berjuang.. untuk rakyat ka atau untuk perut ka, Allah saja yang tahu.

Tapi yang best nya, nampak tak yang DAP pun sedang menari dengan irama yang sama. Sama2 melatah. Tak banyak sangat sebab depa dok gelak, keluarga dalam BN dok bergaduh sama sendiri. Biaq jelah. Tak payah nak susah2. Tunggu lingkup je. Tapi mungkin adalah support dari belakang pasai perumpamaan kata, Cincang ayaq tak putuih. Blood is thicker than water. Pi mai pi mai tang tu lah jugak. Akhirnya Yaaaammmmm Seeeennngggg....

Tuesday, September 9, 2008

KESIAAANNN


“Ahli-ahli Gerakan berasa amat kesal dan marah dengan tindakan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab Ahmad mengoyak gambar Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam sidang akhbar di Pulau Pinang semalam.

“Jika beliau tidak ditahan di bawah ISA, peristiwa hitam berdarah 13 Mei akan berlaku di negara ini lanjutan daripada tindak-tanduk Ahmad itu,’’ kata Lian Hoe pada sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan di sini hari ini.

Datuk Tan Lian Hoe adalah Ketua Wanita Gerakan yang nampak muka Non cabai macam Tok Mat mengoyak gambaq KTsK. Ini ternyata menyemarakkan lagi kemarahan Gerakan. Sila lihat siapa yang koyak ...

Adakah kata2 ini satu ugutan kepada Pak Lah supaya perosok Tok Mat di Kemunting? Kalau tak ditahan dalam ISA, akan terjadikah lagi peristiwa berdarah yang didakwanya itu?

Ini sudah kira dahsyat ni. Kisah Tok Mat dah jadi sangat besaq. Ana rasa mungkin Tok Mat sendiri terkezut ngan reperkasi keatas kenyataan dia di Kg Pelek tempoh hari. Ish ish ish..Sabaq lah sikit Lian Hoe. Jangan lah dok menaikkan lagi sentimen perkauman ssampai nak berparang pulak dah ni..

Hari baik bulan baik, mailah kita duduk baik2, cakap baik2, bincang baik2 agar tak jadi pertembungan antara kaum sekali lagi. Ana rasa masih banyak cara atau saluran lagi untuk menyelesaikan masaalah ini. Tapi persoalannya, siapakah yang paling layak untuk menyejukkan keadaan yang semakin hari semakin tegang ni?

Masaalah besaq Negara Malaysia kita ni adalah sebab kita tak dak ketua yang dihormati, yang disanjungi dan yang boleh menyejukkan keadaan seperti ini. Semua big shot dalam UMNO macam diam je tak mau masuk campoq. Mungkin pasai Tok Mat tu downline Pak Lah kut. Kalau dah sampai semua ketua2 UMNO Pulau Pinang berdiri teguh belakang Tok Mat, mana lagi kredibiliti Pak Lah yang memberi arahan suruh tenangkan keadaan dan telah jadi caca merba semalam di menara UMNO Penang.

Orang No1 bagi arahan pun depa tak mau dengaq jugak, apatah lagi No2. Langsung depa tak hirau. Kalau dah tak hirau camtu, macam mana nak survive sampai 2010. Lama lagi tu. Atau takat hujung minggu ni saja ka? Apa dah jadi? Kesiaaannn....

PUTUS HUBUNGAN

Gerakan dah tak mau kawan lagi ngan UMNO Bkt Bendera pasai gang Tok Mat sudah koyak gambaq Tsu Koon. Yang lebih menyedihkan lagi, kata Tsu Koon, ramai pemimpin UMNO Penang ada semasa kejadian mengoyak gambaq tu dan dia rasa amat terhina sekali dengan tindakan sedemikian. Sekiranya Bahagian UMNO lain pun sokong tindakan tu, maka Tsu Koon tak mau kawan ngan depa semua.

Gerakan jugak telah buat lapuran polis terhadap tindakan Tok Mat dan kuncu2 nya.


"Tak pa..tak mau kawan pun tak pa.."

Sin Chew Daily yang memulakan cerita ni, pun ada buat kenyataannya di SINI.

MENGADAP

Dengaq habaq Tok Mat nak kena mengadap lah hari ni, untuk menjelaskan secara terperinci apa cerita yang telah jadi dan sebagainya. Tapi Tok Mat ni bukan kecik anak. Sahih dia boleh kelepiaq punya lah.

Cuma kita berharap, UMNO takkan gunakan kes ni sebagai tauladan nak menunjuk kat bangsa lain yang dia amat prihatin ngan perasaan orang lain, maka masa tu Tok Mat nanti kena naya je lah.

La nie nampak gaya seluroh rakyat yang berketurunan Cina nak dia minta maaf, Kit Siang dan anak lebih kejam lagi sebab depa mau tindakan diambil terhadap Tok Mat. MCA pun serupa. Gerakan apatah lagi.

Apa pun kita tak buat masa budak Cina tu mempersendakan Islam dan Melayu dalam lagu Negaraku dia tu dulu. Pakat bergelak lagi adalah. La nie depa demand macam2. Betui2 macam gangster punya perangai.



Tak pa lah depa nak kata apa pun...Harap Pak Lah jangan kerana nak jaga hati depa, takut orang marah kat dia..tup tup lupa pulak. Orang memang dah marah kat dia dan orang memang dah tak sabaq ngan dia, cuma dia saja yang dok cuba nak tunjuk dia punya gagah la nie. Jadi harap2 janganlah jadikan Tok Mat sebagai kambing hitam pulak.

Monday, September 8, 2008

TOK MAT


Mola2 sekali ana nak mohon ampun dan maaf kerana sekian lama tak masuk melalut dalam alam siber ni, bukannya apa, tapi masaalah teknikal yang tak dapat nak di elakkan. Lagi pun, tengah dok melayan jugak ngan cerita Tok Mat di penang ni. Dia ni kan presiden Sepak Takraw. Main sepak takraw ni bukan calang2 kutu yang boleh main. Dah la bola keras cam batu, libas melibas ni dengan penuh semangat. Lompat, kaki naik atas kepala, baru nak boleh satu point.

Apa yang Tok Mat kata di Kg Pelek, semasa sibuk kempen untuk BN di Pmtg Pauh tempoh hari, bukannya sensitif tera mana sangat pun. Tapi mainstrean media Cina yang memperbesaqkan. Maka jadilah satu cerita yang besaq. Jadilah isu perkauman kononnya.

Apa yang TDM kata tempoh hari ana setuju sangat. Bila mana Hindraf kata kita orang Melayu dok buat ethnic cleansing la, dok hantaq polis tangkap dan bunuh kaum depa lah dan sebagainya, walaupun kita tahu benda tu tak betui, tak dak sapa pun dok keriau suruh dia tu mintak maaf. Bila kita orang Melayu yang lemah lembut ni tak kata apa, maka depa dah naik tocang, pi sampai keluaq negeri bercerita benda yang tak pernah kita dengaq terjadi dalam negara kita ni pun depa semboq keluaq jugak. Macam gambaq Tamil lah. Dia lebih dari segala nya. Tumbukkan tak dan kena lagi dia dah ayoyo...Hahahaha.

Ana rasa kita ni kekadang perlu jugak orang yang berani cam Tok Mat ni. Orang yang berani bersuara. Orang yang tak takut ngan tindakan susulan. Kalu dia kata hitam maka hitam lah bagi dia. Kalu org lain, tentu team sepaktakraw kita dah pi SEA games dulu selepas di hentam kiri kanan. Tapi Tok Mat masih tetap ngan pendirian dia. Ni, depa suruh dia minta maaf pulak. Pas tu depa suruh dia bagi teh kat depa minum kut, macam dalam gambaq Kung Fu tu...

Apa pun, Tok Mat dah kata yang "pay par"(paper) dah putaq belitkan kata2 dia. Bukan tak dak orang yang mengalami situasi dimana "pay par" dah putaq belit cerita depa untuk mengsensasikan jualan.. Tambah2 lah kalau pay par tu hanya boleh dibaca oleh golongan yang reti membaca tulisan tu saja.

Yang Najib pun dok pi mintak maaf buat apa? Langsung depa tak hormat kat Timbalan Perdana Menteri. Depa buat lapuran Polis lagi...Ini lah kerajaan yang telus. Inilah akibatnya bila terlampau telus. Teruih terjerluih la bangsa kita yang lemah lembut dan baik adab ni.

Ingat dak ada mangkuk mana ka buat rap lagu Negaraku, siap mengata kat melayu dan sentuh kisah islam semua, awat ketua bangsa depa tak mintak maaf? Depa support lagi, ada lah. Pas tu kita sesama bangsa dok heboh pulak. DSAI pun guna lah untuk nak dapat support lebih.. Dulu bukan main baik depa berdua ni.

Tok Mat pun bukan tak dak silap dia. Tapi dia ni emosional bila bercakap. Sidang akhbar hari ni kat Bangunan UMNO, Macalister Rd, dengaq habaq jadi huru hara jugak. Dalam dok marah la kut dia suruh Gerakan yang dok hentam dia tu, keluaq BN. Tsu Koon kata pasai ucapan dia tu lah BN kalah kat Pmtg Pauh, tapi Tok Mat kata kaum Cina dah memang tak mau Tsu Koon dari 8hb Mac lagi, jadi janganlah dok kata dia yang jadi penyebabnya. Betui tu..Semua org tau BN akan kalah kat situ. Boh Pak Lah pun akan "tolunji" jugak.Pak Lah pun sudah bara. Atau buat2 bara, kita tak tau lah. Siap nak ambik tindakan lah pulak kat Tok Mat. Tok Mat hentam Tsu Koon, Tsu Koon pulak suruh tarik balik Datuk dari Mat Ismail. Kononnya dia lah yang bagi atau kata lain dia lah yang rekomen. Tapi, la nie dia tak dak kuasa dah, dia "kenen" lah kat Guan Eng untuk rekomen tarik balik. Boleh pulak depa kerjasama dalam hal ni. Bila nak hentam bangsa lain dari depa, okay, boleh gang...hahahaha. Kita jangan mudah lupa.

Bacalah apa yang dikatakan oleh Tok Mat di Menara UMNO di SINI.

Kemungkinan besaq Tok Mat nanti kena tindakan dengan pihak atasan seperrti apa yang Pak Lah kata di SINI. Kalu dia kena tindakan, bercempera pulak lah gang Bukit Bendera nak jadi pengganti. Sapa yang ada? Yang dah establish ka atau yang baru nak tunjuk pandai dalam politik ka? Berlawan pulak mamak dan melayu Bukit Bendera...hahahaha. Ana melawak je..Jgn marah.

Huru hara yang ana kata tadi tu adalah bersabit ngan seorang wartawan yang nampaknya lebih kepada untuk menyemarakkan lagi kemarahan orang ramai dengan soalan nya. Pompuan India pulak tu, katanya.. Last last nilah apa yang jadi setelah huru hara tu...

Depa punya bara kat Tsu Koon, sampai gambaq dia kat Menara UMNO pun depa bawak turun dan keluaqkan..

Cukup lah protes takat tu..Jangan lebih2 lagi. Tok Mat ngan Tsu Koon ni pun dulu berkawan baik jugak. Ni lah politik..Baik hari ni, musuh esok hari.

TDM berlawan ngan Ku Li dulu, sampai haram UMNO, hari ni dengaq kata depa dah bersekongkol balik. Tengok lah kat SINI.

Walau apa pun biaq lah setakat berperang mulut saja. Jangan ber parang dah le...

Tok Mat : Do your thing..Knock em dead..

p/s Jgn silap paham ngan kata2 tu..Ia cuma satu terma US english.