Saturday, August 16, 2008

SUMPAH LAKNAT


Dengaq habaq Saiful dah bersumpah di Mesjid Wilayah Persekutuan, menyatakan yang dia telah di liwat oleh Anwar Ibrahim. Dia jugak bersumpah sekiranya dia menipu maka segala hukum Allah dalam bentuk apa saja sanggup diterimanya.

Tun pun mengeluarkan kenyataan bahawa itu adalah cara Saiful untuk menegaskan lagi kesahihan tuduhan nya itu. Tun jugak berharap agar Anwar jugak berbuat demikian, daripada menjelajah seluruh negara membuat ucapan menyatakan kebenarannya dan bagaimana kerajaan berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Tuan Guru Nik Aziz pulak mengeluarkan kenyataan bahawa perlakuan sedemikian (bersumpah) ada lah seperti perlakuan orang kristian. Orang Islam tak buat sebegitu. Walau bagaimanapun "sumpah laknat" yang dilakukan oleh Saiful tu adalah dibenarkan dalam Islam, dan sekarang segalanya bergantung atas keikhlasan Saiful sendiri diatas sumpahan nya itu.

Walau apa pun sebagai orang yang kurang arif dalam hal ehwal agama ni, ana tak mau nak komen lebih nanti kena hentam butaaaa...

2 comments:

Anonymous said...

Apa akan jadi kalau katakan DSAI pong bersumpah guna Quraan jugak???? So siapa yang bercakap benar kalau dua-dua dah bersumpah pakai Quraan? Bukankah kes ini akan bertambah rumit? Rakyat lagi pening kepala nak percaya siapa? Akhirnya nak kena pakai makhamah juga nak sahkan DSAI bersalah atau tidak. Keputusan DSAI tu tak nak ikut cara Si Saiful tu ada hikmahnya. Nanti orang bukan Islam atau orang Islam (yang tak kuat pegangannya) pun hilang respect kat Islam, kononnya Quraan tu boleh di perlekehkan... fikir betul-betul...
Kenapa tak suruh Najib sumpah dengan Quraan yang beliau tiada kena mengena dengan Altantuya? Kenapa tak suruh Rahim Tamby Kecik dulu sumpah yang dia tak main budak bawah age dulu? Kenapa tak suruh Pak Lah sumpah yang dia tak bersongkokol dengan Khairy? Kenapa tak suruh Tun M bersumpah yang dia tak aniaya DSAI? Kenapa tak suruh semua Menteri Kabinet bersumpah dengan Quraan yang mereka tidak corrupt? Kan senang, tak payahlah kita buka banyak2 makhamah dan bayar gaji-gaji lawyer atau judges.. Semua muslim pakai Quraan aja.. cukup. Hangpa sumpah ngan bini hangpa pakai Quraan kata hang tak main pompuan lain..???? Cuba buat..
Cuma MIC kena pakai kitab HINDU atau sumpah kat KUIL dan MIC sumpah kat KUBUR CINA atau TEMPLE...
Fikir betul-betul.... orang yang tak kuat agama atau orang yang bersalah, mana ada respect dengan Quraan? Suruh penagih dadah sumpah pakai Quraan yang mereka tak mencuri, I'm sure dia orang sanggup... bukan dia orang kisah pasal agama pong, kalau sembahyang pong tidak, tak takutnya mereka bersumpah guna Quraan..

Anonymous said...

What is the significance if let say tomorrow DSAI follow Saiful's way of swearing on the AlQuraan? Does it mean that automatically DSAI is innocence? Does it mean that immediately after DSAI sworn on the AlQuraan that the prosecutors will drop all the charges against him? So who is telling the truth if we have both swearing on the AlQuraan? Who are the judges, the Rakyat or the Court of Law? If both did that, the Rakyat also cannot decide who is guilty or innocent? Why harp on the swearing if the swearing will not resolve the case and determine who is telling the truth and who is the liar!!!!!!!!