Thursday, August 7, 2008

CONSENT

Dengaq habaq Anwar dah mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.00.

Ok lah tu kan. Gomen pun tak tangkap dia. Kalau depa tangkap dia memang depa bodo soeh lah. Mesti ramai org akan simpati lagi kat dia. Biaq kes jenayah dan sebagainya di tentukan oleh mahkamah kebenarannya dan jangan dicampur adukkan dengan politik. Baru betui.

Tapi Anwar telah menimbulkan satu persoalan kenapa Saiful tidak di tuduh bersama kerana surat pertuduhan hari ini menyatakan perhubungan itu adalah perhubungan "concentual" atau "mendapat persetujuan". Apabila kedua pihak bersetuju melakukan perhubungan di luar tabii manusia maka kedua2 nya sekalilah sepatutnya di tuduh. Ana setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar. Tapi Pak Lah kata itu umpama kes rogol. Kalau rogol, yg sorang lagi tu tak setuju. Adusss...nak tunggu 2010 bagi Pak Lah terjun rasa lama sangatlah kalau dok dapat kenyataan cam ni dari dia. Apa nak buat, ni lah nasib Malaysia, dapat ketua yang tak arif bila bercakap.

Saiful ni pun satu. Sat cerita dia di paksa, sat cerita dah berkali kali, sat cerita camtu sat camni. Habihla...tungging langgang semua lah jadinya kes ni. Bukan takat dia saja tungging, orang yang dok ikut dengaq kes ni pun dah naik tungging langgang. Nampaknya banyak manipulasi yang di gunakan. Kalau boleh jangan lah bagi nampak yang kerajaan tu bodoh sangat. Tapi nampak gaya macam tu lah akhirnya. Redho je lah..maksud ana ngan kerenah Pak Lah ..

4 comments:

xan said...

aku ghasa laa nii banyak oghang yang sakit jiwa. ada yang nak kosa, ada yang ada kosa tak mau lepaeh, ada yang gila kosa, ada yang guna kosa, ada yang salah guna kosa, aiii mcm mcm. kalau aku dulu masuk Universiti ambik kursus jadi pakar-sakit-jiwa boleh kaya.. tapi dah terlambat

Anonymous said...

selective prosecution...
the latest is the demo by UiTM students in Shah Alam. Boleh pulak dibenarkan budak-budak tu berkumpul ramai-ramai... (sebab mereka demo against MB Selangor, Pakatan Rakyat). Polis bagi permit kah? Tak kacau atau tangkap budak-budak tu. Kalau Hindraf ka, kalau BERSIH ka,kalau mana-mana DEMO against Govt aja, road block sana-sini.. ber kilometer.. permit tak lulus la... macam-macam halangan...

khalifah said...

Betui2..ana setuju. Budak2 hingus tu depa dok guna la nie..Yang sakit jiwa cam hang kata tu pun betui gak xan. Tak tau lah nak kata apa. Kita dok diam pun salah, kita mengata lebih pun salah.

xan said...

kadang kadang aku dok imagine ..kalau negara kita buat perintah tentera pun good-idea jgak. Ni dok kata sistem perintah demokrasi..tapi mcm tak demokrasi. Mcm pepatah lama kata ..Kokok Berderai derai, ekoq penoh tahik. Ni laa dia.