Sunday, November 2, 2008

KALAU KALAH....?

Nampak gaya Najib dah menang tanpa bertanding. Jawatan Presiden memang hak dia dah. Cuma nak "tabal" saja lah, tanggal Mac 2009. Tak dak perebutan langsung. Tak dak "fight" lah senang cakap. Yang menawar diri untuk bertanding pun nampaknya hanya "rumah" dia saja yang calonkan.

Timbalan Presiden yang leading la nie Muhyiddin Yassin lah(78). Ali Rustam(32) mengikut di belakang dan masih kekurangan 7 pencalonan untuk melayakkan diri bertanding. Mike Tyson (29). Shahrir Samad (1). masih ada kurang lebih 50 bahagian lagi yang akan bermesyuarat. Masih ada peluang lagi buat Ali ngan Mike, mungkin kena tabur beras ke apa ke untuk dapatkan undi.

Naib Presiden nampak gaya setakat ni 6 orang dah layak. Hishammudin(114), Zahid Hamidi(81), Shafie Apdal(60), Khalid Nordin(59), Syed Hamid Albar(24) dan Isa Samad(21).
3 calon lagi nampaknya masih ada peluang untuk layak ialah JJ(18), Rais Yatim(16) dan Rahim Thamby Chik(10). Yang lain nampaknya berat sikit kut. Tapi tak tau nak katalah kan! Apa saja boleh jadi dalam politik ni.

Pemuda UMNO pulak memang ketiga2 calon yang menawarkan diri layak dengan didahului oleh Mukhriz, Khir Toyo dan Khairy. Ana nak berbicara sikit tentang Pemuda ni, bukan pasai apa, tapi inilah bakal2 pemimpin negara masa depan.

Ketiga2 calon ini mempunyai penyokong masing2, integriti masing2, personaliti yang berbeza dan kelebihan yang berlainan. Apa akan jadi kepada 2 calun yang akan kalah nanti? Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa undian kedua tertinggi akan otomatik jadi Timbalan Ketua. Tiada peruntukkan juga yang menyatakan bahawa yang kurang dari no.2 akan dilantik menjadi setiausaha ka apa ka..

Tiap calun Ketua Pemuda ni nampak sama rata saja sokongan dari Bahagian. Tak banyak bezanya. Mengikut statistik setakat ni, 177 bahagian Pemuda dah buat mesyuarat. 40% Mukhriz sapu. K Toyo 32% dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO yang menang tanpa bertanding dahulu mengekori dengan 28%.

Sepatutnya, Timbalan Ketua Pemuda ni senang mendapat pencalonan. Tapi kenapa kah nampak susah untuk dia di calonkan? Oh ya...Pak Mertua dia dah nak pencen. Jadi orang tengok dia macam hilang taring lah kut. Adakah pemilihan dia dulu ada perkiraan? Ada udang di sebalik mee? Atau adakah memang budaya Pemuda UMNO yang suka mengampu Pak Lah. Bila orang tua tu dah nak belah, semua baru berani nak tunjuk garang. Budaya camni kena tukaqlah. Kalau selagi ada budaya sebegini, maka tak dak peluanglah untuk makhluk yang benar2 berjiwa pemimpin untuk memimpin Negara tercinta kita ni.

Mukhriz - Pada pandangan ana yang rabun ni, layman talk lah, dia ni budak baik. Lemah lembut. Hormat orang tua dan tak melawan ibu bapak. Pasai tu lah nampak gaya dia akan ikut camana strategi bapak dia. Adakah bapak dia yang mencorakkan perjalanan politik dia? Kalau betui, memang dia mendapat seorang coach atau jurulatih yang berwibawa dan berpengalaman. Tetapi, coach ni setakat diluar padang je lah dia boleh bagi arahan, bila dalam padang kena guna otak dan skill yang tersendiri lah untuk menangkis serangan dan melancarkan serangan. Adakah disebabkan terlalu bergantung pada coach nya maka dia tak mau berdebat secara terbuka?

K Toyo - Bekas Menteri Besar Selangor dan jugak doktor gigi. Berani bersuara dan berani untuk menyatakan pandangan tanpa memikirkan implikasi nya di belakang hari. Mana ada pembesar Negeri yang berani memberi anugerah penyapu kepada pegawai2 mereka? Adat Melayu ni, bila sebut penyapu ni kira teramat hina lah. Tetapi K Toyo tak kisah. Dia berani menghadapinya. Sampai kalah Selangor kat pembangkang. Penyapu punya pasailah tu. Menjatuhkan air muka seseorang di khalayak ramai amatlah menjijikkan. Mungkin kalau dia menang Ketua Pemuda ada anugerah penyapu emas mungkin...

Khairy - Menantu Perdana Menteri. Bila dia nak bertanding Timbalan Ketua Pemuda dulu, orang lain katanya diarah untuk tidak menentangnya. Bagi dia menang. Bagi dia buat duit. Sewenang wenangnya. Boleh ambik loan berjuta2 untuk beli saham dan jual saham walaupun baru beberapa hari bekerja. Sakan, keistimewaan yang diberikan kepada KJ. Pasai semua nak jilat dia supaya dapat sesuatu dari dia dan pak mertua dia. Busuk sungguh ahli2 UMNO ni. Bila dah mai camni, baru nampak sapa yang sokong dan siapa yang menyombong. Tapi jangan lupa, KJ ni seorang anak muda yang berani, bijak dan berwawasan. Kalau dia boleh duduk di kedudukan dia sekarang walau denganapa cara sekali pun maka ini menunjukkan lah betapa berwawasan nya dia.

Ana nampak satu saja. Bila dua yang kalah ni terpinggir, maka banyak lah cerita yang akan keluar. Cerita yang baik dan kurang menyenangkan. Panas jugak kerusi yang akan diduduki oleh Ketua tu nanti. Kalau Mukhriz menang, 60% undi dia kalah. Ya ini K Toyo campoq nagan KJ, maka jumlah pengundi yang tak sokong Mukhriz adalah 60%. Begitu juga kalau K Toyo menang, dia akan kehilangan undi yang lebih kurang banyaknya dan seterusnya. Bukan kah susah hidup Ketua kalau ahli sendiri tak setuju ngan Ketua?

Bakal Ketua Pemuda yang baru ini hendaklah memberanikan diri melantik calun yang kalah untuk memegang sesuatu jawatan dalam Pemuda agar setiap keputusan yang akan dicapai nanti adalah keputusan bersama. Inilah saja caranya untuk mengelak perpecahan. Tetapi terpikiaq jugak ana, sanggup kah KJ memegang jawatan yang jauh lebih rendah sekiranya dia kalah dan dilantik oleh Ketua yang baru untuk menerajui sesuatu bahagian dalam Pemuda? Sanggup kah? setiap calun yang kalah, kalau bertekad untuk berjuang demi bangsa , agama dan negara hendaklah membuangkan jauh2 kekalahan itu dan bekerjasama untuk memantapkan lagi pergerakkan itu. Boleh ke?

120 - 1

Sampai pukui 12 tak sat nampak gaya Najib leading 120 - 1 ngan Ku Li. Nampak gaya 1 tu saja lah kut. Walau camanapun kita tunggu dan lihat je lah. Najib cuma perlu 15 pencalonan lagi saja untuk terus menang tanpa bertanding. Sampai tengah malam ni, 141 bahagian akan siap sepa punya mesyuarat semua.

Timbalan Presiden pun nampak macam one sided affair gak. Tapi tak tau nak katalah kan. Bila lanie dok bertiup kencang kata Pak Lah endorse Ali Rustam dan menyebai ngan perangai Muhyiddin. Alahai...org tua2 ni dia cepat kecik hati...

Yang lain lain tu nampaknya dok pulun lagi lah untuk nak qualify baru...

Semalam bila tengok Johari Baharum dok bagi nasihat pasai politik wang ni, ana nak tergelak lah. Rasa funny sangat.

RAZAK BAGINDA


Keputusan mahkamah Shah Alam tempoh hari tak mengejutkan orang rasanya. Pasai? Memang ramai yang rasa dia nanti terlepas punya. Abdul Razak Baginda dah dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dalam membunuh Altantuya, warga Mongolia yang dikatakan ada affair ngan dia.

Tak taulah nak kata apa sebab kita ni bukan loyar. Tak arif ngan kisah perundangan ni. Bila keluaq berita dia lepaih, ramai memba semua kata memang dah expect. Jadi tak dak sapa yang terkezutlah. La nie cuma tinggai Polis tu dua orang je lah untuk meneruskan perbicaraan dan kena bela diri.

Tapi yang ana heran dan pelik ialah pasai apa depa dua orang tu tutup muka dari dulu sampai lanie. Cuma orang yang pi mahkamah saja yang boleh tengok muka depa. Adakah polis cuba nak "protect" orang depa sendiri? Ada jugak orang yang kata, kalau keputusan tak menyebelahi depa nanti ni pun kita masih tak tau rupa paras depa. Mungkin jugak yang terima hukuman pun bukan depa. Manalah tau. Cerita camni banyak dalam TV dan wayang yang selalu tunjuk camana Polis cover orang depa..

Wallahualam....

Thursday, October 23, 2008

Al - Fatihah.


KUALA LUMPUR: Pemain gitar utama kumpulan rock Lefthanded, Abdul Samad Mian meninggal dunia di sini hari ini.

Menurut isterinya, Norliza Sumairi, Samad terjatuh kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi ketika berada di pejabat abangnya di Ampang.

Samad, 45, kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan sudah meninggal dunia.

Norliza berkata jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat petang ini.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara enam dan 18 tahun.

Sejak meninggalkan Lefthanded kira-kira dua tahun lalu, anak kelahiran Johor Baharu ini lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaan sendiri.Beliau yang menyertai dunia muzik sejak berumur 20 tahun, pernah menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Samad memenangi anugerah kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.- Bernama

Ana kenal gak ngan gitaris ni. Baik budak ni. Lemah lembut. Rendah diri. Memang tak sangka lah dia tu seorang rocker yang tersohor di Malaysia ni. Ramai yang bersedih dengan pemergian Samad ini. Apa boleh buat. Dah termaktub....Al Fatihah...

Monday, October 20, 2008

LU SAPA??

Lama sangat rasanya Pak Lah dok menahan perasaan apabila dia di cemuh oleh TDM dulu, pastu rakyat pulak dok minta dia belah last sekali sampai kabinet dia sendiri pun dok minta dia undur diri, makanya dia pun meletup lah di Kota Kinabalu. Jam 11:30 mlm dia panggil buat sidang akhbar. Tak tahan sangatlah tu. Tahniah Pak Lah kerana berani bersuara. Tapi rasanya dah terlambat sebab 5 bulan lagi dah pencen. Mungkin pasai dah nak pencen kut baru berani cakap? Tapi walau camanapun, memang manusia ni boleh sabaq takat limit dia saja. Pas tu mesti meletup punya kalau dok cucuk dia lagi.

Bila Pak Lah kata "Tun tu sapa? Dok berlagak macam pengarah UMNO pulak", memang betui apa Pak Lah kata tu. Tun pun kadang2 kalau dia hentam orang tak bagi chance langsung. Tak yah dok tumbuk lagi lah kalau lawan kita tu dah jatuh. Takkan nak pijak dia sampai tenggelam? Paling best, pi tepuk bahu dia dan pimpin dia bagi berdiri balik. Pas tu dia mesti belah dah.

Yang depa ni pun satu jugak. Dah semua pakat setuju hari tu nak tangguh sampai March ni, awat yang dok bercerita kata lama sangatlah kempen, takut jadi sesuatu seperti rasuah dan sebagainya lah. Maknanya depa memang tahu lah bahawa rasuah ni berleluasa dalam pemilihan calun. Memang semua orang dah sedia maklum. Carilah jalan nak basmi kerja2 yang tak elok tu. Carilah penyelesaian.

Tapi hari ni Muhyiddin dah lega dah sebab dia dah layak untuk menyertai pertandingan timbalan presiden parti tu. Dia dah cukup pencalaonan untuk masuk padang. Bahagian Gerik lah yang memberikan dia tiket tu. Senyum lebaq lah. Tapi yang lain2 tu dok tercungap cungap lagi. Gang ni lah agaknya yang dicadang Tun agar dikeluarkan. Tak dak stamina dah. Saringan pun dah terkeluaq lidah, camano?

Najib setakat ni dah dapat 64 pencalonan. Ku Li kosong. 64-0. Skor ni macam main basketball atau pun ragbi je lah. Di Bachok Kelantan, nama Ku Li ada di sebut, tapi daripada 500 lebih ahli yang mengundi, Ku Li dapat 10 undian je. Kalau negeri sendiri pun payah nak dapat susah lah boss.

Hishammudin, Zahid,Shafie Apdal, Khaled dan gang2 muda lah katakan nampaknya mendahului gang2 tua. Elok pun camtu. Depa ni semua kena give way lah kat gang muda pulak buat kerja. Yang tua, relax dan dok diam2. Pi main golf ka, naik kuda ka, jadilah chairman sana sini, menikah ngan artis ka...jangan do pi tampaq pungkoq anak dara dah la...

Thursday, October 16, 2008

PENCALONAN

Setakat hari ni 16hb Okt 2008, beginilah nampaknya pencalonan yang telah diterima oleh depa depa ni. Nama Ku Li langsung tak timbui..Nampaknya tenggelam teruih kut.

Pak Lawak Hero Bollywood pun nampaknya senak jugak sekali ngan Mike Tyson.

Memang nampak jugaklah trend lanie macam depa nak phase out atau tolak pelan2 gang2 lama ni dalam pencalonan Naib Presiden. Matang pemikiran macam gitu, kata setengah orang. Tapi Rais Yatim kata kena ada jugak gang lama ni supaya depa boleh kerjasama dan perturunkan apa yang patut. Betui ka? Atau memang tak mau nak lepaih lagi.

Gedebe Kelantan dengaq kata dah merajuk dan teruih nak tarik diri dah. Mungkin dia terasa malu kut sebab dapat 1 saja pencalonan sedangkan yang dok raba pungkoq orang dapat lebih daripada dia..lebih pun satu sajalah...Tapi masa masih panjang.

Masih ada masa lagi..Itulah apa yang dikatakan oleh Khairy. Dia perlu 19 pencalonan lagi untuk layak bertanding No1 Pemuda. Ada bayak bahagian lagi yang belum bersidang. Masih banyak masa untuk dia pi hemoi muka untuk dapat undi. Kalau nak jolok apa yang patut pun masa ni lah.

PRESIDEN

(Kuota: 58 pencalonan)

1. Datuk Seri Najib Tun Razak (30 )

TIMBALAN PRESIDEN

(Kuota: 39 pencalonan)

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (24)

2. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (3)

3. Tan Sri Muhammad Muhd Taib (3)

NAIB PRESIDEN

(Kuota: 20 pencalonan)

1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (25)

2. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (16)

3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (15)

4. Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (11)

5. Datuk Seri Syed Hamid Albar (6)

6. Datuk Seri Dr Rais Yatim (4)

7. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4)

8. Datuk Seri Shahidan Kassim (3)

9. Datuk Seri Mohamad Hasan (2)

10. Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (2)

11. Tan Sri Annuar Musa (1)

PENCALONAN MENGIKUT BAHAGIAN:

SEPANG

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Khalid Nordin

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

TUARAN

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib-President

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

TASEK GELUGOR

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib-Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Datuk Seri Shahidan Kassim

BUKIT GELUGOR

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib-Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Shahidan Kassim

PARIT BUNTAR

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Naib-Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Datuk Seri Syed Hamid Albar

BAGAN SERAI

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib-Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Seri Syed Hamid Albar

TAIPING

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib-Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Syed Hamid Albar

BERUAS

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Naib-Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KAMPAR

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

CHERAS

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

SEMPORNA

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Rais Yatim

KALABAKAN

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Datuk Seri Syed Hamid Albar

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KOTA KINABALU

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

PONTIAN

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

MERSING

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

PASIR GUDANG

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

PAGOH

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

BATU PAHAT

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KOTA MELAKA

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Syed Hamid Albar

KUANTAN

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis

Datuk Seri Shahidan Kassim

ROMPIN

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

SUBANG

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

SHAH ALAM

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

JEMPOL

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Mohamad Hasan

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

RASAH

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Mohamad Hasan

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

JELEBU

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

BAGAN DATOH

Presiden

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Tuesday, October 14, 2008

DATUK SRK


Ana dok terpikiaq lah kan...tak dak sangat dah ka orang atau rakyat kita ni yang layak untuk diberi gelaran Datuk? Atau pun adakah dah terlalu banyak sangat yang bergelar Datuk dalam Malaysia ni sampai kita nak kena bagi kat orang luaq yang mai berlakon sekali kat Melaka. Tu dah kira jasa besaq dah ke? Lawak betui lah depa ni kadang2. Depa ni buat cam rakyat ni bodoh dan bangang agaknya. Tapi tak tau lah hulubalang di Melaka rasa camana. Depa semua seronok lah kut. Mungkin jugak pasai depa ada darah Parameswara maka depa nak bagi kat Shah Rukh Khan. Jangan terkezut kalau tahun depan depa bagi kat Jet Li atau Jacky Chan pulak sebab depa tu ada darah Hang Li Po...hahahaha.

Patutlah TDM kata mamat ni Pak Lawak bila dia nak bertanding jawatan dalam UMNO. Memang betui pun..Setuju..Tapi la nie pun Datuk dah terlalu ramai. Datuk tender pun ada jugak katanya. Sapa masuk tender tinggi dia dapat. Ada lah sesetengah negeri yang praktik kan begitu.

Di Kedah pun ana kenai sorang yang dah perhabis banyak duit dah untuk cuba2 daoat Datuk Seri ke apa ke, tapi sampai hari ni nampaknya tak dak lagi lah. Derma sana derma sini, macam2 lah dia buat. Tak tau lah mungkin depa kata Kedah ni susah sikit nak dapat Datuk. Lambat. Kena taboq banyak. Taboq jasa betui2 lah dan penoh ikhlas baru lah cepat kut...

WASSALAM

Monday, October 13, 2008

NUJUM....


Setakat pukui 12 tak sat ana dengaq Mukhriz dah dapat 40 pencalunan dah. Yang terdekat ngan dia, Khairy, tak cecah 20 pun lagi. Nampak gaya ada peluanglah Mukhriz ni nak mengepalai Pemuda kali ni. TDM ada kata yang dia percaya yang anak dia ni kemungkinan besaq kalah dalam pertandingan ni. Well, hari tu pun dia kata Pak Lah akan mempertahankan jawatan dia, tapi sebagaimana yang terjadi, Pak Lah dah buat keputusan untuk menarik diri. Kita harap apa yang TDM kata sekali ni salah lagi dan Mukhriz akan dilantik seterusnya... Tapi kalaulah Mukhriz menang, apa akan jadi kat Khairy ha? Tak dak position dah le..Ni kira first time dia nak bertanding dalam UMNO kan. Dulu dia dapat jawatan timbalan ketua Pemuda tanpa tandingan. Tak dak sapa yang berani nak lawan dia pasai pak mertua jadi PM masa tu. Nampak sangatlah depa ni semua kaki ampu. Maksud ana gang yang dalam Pemuda ni lah. Depa punya nak jaga hati PM, sampai sanggup bagi jawatan tu kat menantu dia. Tapi ada jugak kaki yang boo Khairy masa dia buat ucapan sulong dia dulu....Tapi YB masih ada lagi kat Khairy.

Pencalunan untuk Presiden pulak nampaknya Najib sorang saja yang depa dok calun. Ku Li tak dengaq habaq lagi. Nampak gaya macam dia main sorang je lah game ni. Timbalan pulak, Muhyiddin nampak strong. Semua orang dok nampak regu depa dua ni, Najib ngan Muhyiddin untuk menerajui Malaysia. Gang lain yang dok turut sama dalam race ngan Muhyiddin pun nampak macam kena tinggai je.

Dengaq habaqlah kan, katanya gang yang masuk race ngan Muhyiddin ni, semua dah nampak yang depa akan diketepikan oleh Najib bila dia jadi Presiden nanti. Jadi ni kira mission do or die lah. Klu sangkut, sangkutlah, kalau tidak pun kira die fighting lah. Nor Jazlan pulak harap kan nama pak dia je lah untuk naik, atau pun dia memang ditugaskan untuk buat pulut kacau kat situ. Yang dok cerita dia dah 4 kali ambik SPM, lanie nak ambik STPM pulak, Mike Tyson, banyak gak orang kata ni kamikaze dia lah...Kalau merudum, apalagi yang ada kat dia. Jawatan menteri pun tak tentu lagi kalau Najib pegang. YB pun tarak...

Yang pulun naib Presiden ni, bagi orang ramai tak lah thrill sangat kan...Biaq lah depa pakat dok pulun. Kita tunggu dan lihat dah le.

Tapi dengaq habaq jugak, Pakatan Rakyat takkan let go cita cita depa untuk take over kerajaan. Walaupun DAP tak berapa setuju ngan gang katak lompat, depa setuju ngan cadangan ambik alih kerajaan ikut pintu belakang. Walaupun PAS ngan DAP tak berapa nak ngam, walaupun ahli PAS banyak yang tak berapa nak setuju ngan PKR dan DAP, depa tetap nak ambik alih jugak. Lepas tu baru depa bergaduh kut. Arkitek dia masih dok berdoa siang dan malam agar cita cita dia tercapai..Cita cita untuk jadi PM. So near and yet so far dah dirasanya sebelum dia disingkir dari kerajaan dulu. La nie dah ada target date baru pulak. Sebelum Disember pulak katanya. Isnin 13/10/08 ni dia berjanji akan bagi satu show yang menarik dalam Parlimen. Jangan tak tengok.

Tuan guru Nik Aziz pun dalam wawancara dia ngan Rocky dan Sheikh pun menegaskan yang Pakatan Rakyat walau camanapun mesti ambik alih gomen dari BN untuk memperbetulkan banyak kesalahan dan kejahatan yang telah dilakukan oleh BN dari dulu sampai la nie. Kalau tok guru jadi PM kan ke bagus...Teori R.A.H.M.A.N pun tak lari. Sebab huruf "N" tu tak semestinya Najib, Nik Aziz pun leh jugak...

Ana rasa ana boleh terima....

Wednesday, October 8, 2008

BYE.....



Bunga api meletup letup menyambut kesedaran Pak Lah akhirnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO, sekali gus melepaskan jawatan No.1 Malaysia. Kerenyeh sakan nampak muka Najib apabila Pak Lah kata nak handover kat dia dan memang yakin dia akan menang. Maknanya Najib nak kena bertanding ngan Ku Li lah gamaknya.

Yang sebenaqnya, gang2 dalam UMNO lama dah dok gabuih pungkoq Najib, sejak Pak Lah kata nak belah pada 2010 lagi. Memang depa dah tau tak dak guna dah dok angkat Pak Lah, sebab dia punya era dah ranap, kaput. Inilah dunia nyata...

Dalam masa 5 bulan ni Pak Lah kata dia nak tunaikan janji2 dia seperti menghapuskan rasuah, memerdekakan institusi kehakiman sepenuhnya dan macam2 lagi lah. Banyak jugak benda yang dia janji dulu, dia tak dan buat. Sebenaqnya bukan tak dan, tapi culture atau kebiasaan dalam UMNO tu yang menghalang Pak Lah dari mengimplementasikan sepenuhnya idea idea dia yang bernas tu. Salah Pak Lah pun ada jugak lah kut. Dia terlalu lembut dan semua berani melawan dia, dan dia tak leh nak lawan balik. Tu yang dia selalu dok lena tu. Dia bukan takut kat Menteri dia, cuma depa tu tak takut kat dia.

Kita umpamakan dia sebagai gajah yang dah nak matilah, la ni dok cari tempat dia untuk berehat selamanya. Jadi ana tak nampak apa impak yang dia akan buat dari sekarang sampai bulan 3 ni. Bagi penyokong setia dia, depa terasa macam Pak Lah dah terjun dari kapal yang di nakhodai nya, tinggai anak2 kapai terkapai kapai tak tau arah mana nak pi.

Syarikat yang di terajui oleh keluarganya dan sahabat handainya, kemungkinan besaq akan hilanglah taring depa selama ni. Dah tak dak kepentingan lagi. Tapi apa nak buat, dalam masa era dia sebagai PM, depa dah kaya raya dah. 7 keturunan lagi pun depa ok. Ada jugak cerita yang mengatakan Kemeterian Pertahanan tengah dok nego nak sewa helikopter dari satu syarikat dengan kontrak yang bernilai ratusan juta ringgit selama berpuluhan tahun. Dengaq habaq syarikat tu pun ada sangkut paut ngan keluarga dia gak, pasai tu dia ambik kementerian tu dan akan pastikan gang dia dapat kontrak tu. Betui ke dak, wallah wa'alam. Mungkin ni lah pasai dia minta tangguh sampai bulan 3 kut. Atau mungkin ini satu cara pembayaran kepadanya agar belah cepat kut..Dengaq habaq je lah.

Gang2 dalam parti komponen kata Pak Lah mengambil tindakan yang wajar dan lebih mementingkan parti dari diri sendiri. Untuk mempastikan keteguhan parti dan BN. DAP kata dia telah di keluarkan dari UMNO. Kira macam ditendang keluaq atau disuruh keluaq lah kut. Walhal Karpal kata dia dipilih oleh ahli semua, tak kena kalau di pressure untuk dia berhenti.

Teka teki ni dah terjawab. Lagi teka teki akan keluaq. Ku Li nak lawan ka? Ada pencalunan ka? Muhyiddin dok tunggu apa lagi? Katanya nak buat pengumuman dah. Kita tunggu dan lihat episod seterusnya...

Jangan lupa akan DSAI. Katanya dia dok bincang sakan ngan gang dia pasai hari Isnin ni Parlimen dah bukak balik. Mungki dia dok cari pintu belakang mana yang dia boleh buka dan masuk....Ya ensuuunnn, mata kajiiii....